Thursday, December 10, 2009

Happy Birthday Iddin

Tanggal 10-Dec-1996, anak sulung kami, Muhammad Izzuddin dilahirkan. Hari ini usianya meningkat ke angka 13. Bermulanya era usia remaja. Pemikiran, perwatakan, tindakan dan pembawakan diri mula berubah. Gemar kepada cabaran dan banyak berinteraksi dengan persekitaran. Lebih matang dari sebelumnya.

Perubahan normal tetapi masih perlu perhatian ibu bapa agar tidak tersilap dalam membuat pertimbangan dan keputusan. Apatah lagi sebagai seorang Muslim. Moga-moga Iddin sentiasa di bawah peliharaan dan lindungan Allah SWT. Ameen.

Tiada yang istimewa untuk sambutan ulangtahun kelahiran Iddin. Sekadar sekeping kad ucapan ringkas yang dicoretkan oleh setiap ahli keluarga, mengandungi harapan dan doa, moga hidupnya sentiasa dirahmati Allah. Juga sebagai peringatan dan motivasi diri bahawa ada keluarga yang sentiasa menyayanginya.

Hadiah untuk Iddin telahpun diperolehinya sejak minggu lepas : Surf Camp @ Phillip Island. Itulah permintaan Iddin sebagai hadiah harijadinya.

Terima kasih dari ayah dan ibu kerana menjadi anak yang baik. Juga dari adik-adik kepada abang tersayang. Happy Birthday Iddin.
ps.. Kad ucapan berlatarkan peralatan kriket, sukan kegemaran Iddin.

2 comments:

Anonymous said...

salam,ayah pidi.ni ainul,aiin,arif and adam.tolong ucapkan selamat harijadi kat iddin ye.semoga dipanjang kan umur dan dimurah kan rezeki dan diberkati Allah selalu.pandai ke iddin main surfing?tak percaya la.

ropidi 'n laili said...

Salam ainul, aiin, arif, adam

Terima kasih. Ucapannya dah disampaikan pada Iddin. Tentang surfing tu kena tanya Iddin sendirilah...8)