Thursday, March 18, 2010

Bosan vs Seronok

Di dalam kelas, Imran dikatakan sering kelihatan mengantuk, seolah-olah tidak cukup tidur. Ada ketikanya Imran memasukkan tangannya ke dalam seluar. Gurunya, Mrs. Slatter meminta kami merujukkannya kepada doktor, dibimbangi Imran mengalami gatal-gatal. Bila diperiksa tiada pula. Ianya benar-benar menggusarkan kami.

Hari pertama Imran di sekolah rendah
Bila diselidiki, rupa-rupanya Imran merasa bosan berada di dalam kelas. Imran jemu dengan proses pendidikan awal dalam mengenal huruf, nombor dan melakarkan garisan-garisan. Semuanya itu telah diketahuinya walaupun tidak pernah diajar ketika di kindergarten dahulu. Imran suka membaca tetapi ianya tidak ditekankan. Jadi, ianya perlu diperjelaskan untuk kefahamannya.

Kini Imran kelihatan lebih seronok. Setiap hari ada sahaja buku cerita baru yang dibawa pulang untuk dibaca. Terlebih lagi sukanya apabila diberikan buku berkaitan binatang. Apa sahaja berkaitan binatang pasti membuatkan Imran gembira. Di ruangan reaksi wajah di dalam Home Reading Book pasti akan dilukiskan senyuman melebar, tanda ia amat menyukai buku tersebut. Gurunya sendiri pun telah dapat memahami kehendaknya.

Oxford Word List yang diberikan pun telah menghampiri Tahap 10. Banyak perkataan baru yang ditemuinya, menambahkan lagi keseronokannya. Tambahan pula bagi setiap perkataan yang dapat disebut dengan betul akan dilekatkan sekeping pelekat, sesuatu yang disukainya. Malah satu motivasi untuk Imran.

Diharapkan Imran dapat mengikuti pembelajaran hariannya dengan lebih baik dan menyeronokkan. Tiada lagi rasa bosan dan jemu.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Mungkin Imran sesuai dimasukkan ke program kanak-kanak pintar, lebih mencabar dan tidaklah dia merasa bosan.

Kak Wanmalaya

ropidi 'n laili said...

Waalaikum salam,

Itu baru peringkat permulaan Kak Wan. Nanti bila dah lama barulah dia rasa tercabar..8)