
Cuaca pada tersebut juga kurang meyakinkan. Paginya sesekali hujan turun berserta awan mendung berarak perlahan. Menjelang tengahari, ianya semakin cerah dan panas menyelubunginya ketika konsert dilangsungkan. Berbaloi usaha para pelajar dan guru yang berhempas pulas membuat persediaan sejak sekian lama.

Konsert bermula kira-kira jam 01:45 petang, dimulai dengan persembahan drum oleh para pelajar senior. Berikutnya persembahan para pelajar mengikut grade. Setiap kumpulan dengan 2 lagu pilihan samada dari filem kanak-kanak mahupun nyanyian penyanyi popular. Kumpulan pelajar Preps dengan pakaian pari-pari sambil mengayakan tarian. Diikuti kumpulan Grade 1 and 2, kumpulan Grade 3, Grade 4, Grade 5 dan diakhiri dengan para pelajar Grade 6.

Solehah mewakili Grade 1 and 2 berada di bahagian hadapan kumpulannya. Hanisah mewakili Grade 5 sedikit terlindung ketika lagu pertama tetapi berada di barisan hadapan di pentas ketika lagu kedua. Izzuddin pula berada di barisan kedua tetapi di hujung sekali, jelas dapat dilihat persembahannya.
Mereka kelihatan begitu seronok dan enjoy. Setiap langkah persembahan dilakukan sepenuh hati dan bersemangat sekali. Tertib dan teratur mengikut rentak lagu dan irama. Foto konsert boleh diakses di Album Foto Kami (kiri web) atau klik di sini.

Menjelang 3:15 petang, konsert berakhir dengan ucapan Pengetua DNPS, Mr Kevin Mackay selepas acara cabutan bertuah.
No comments:
Post a Comment