
Kalau tak silap kali terakhir kami berkumpul seumpamanya kira-kira 2 minggu selepas Hari Raya Eid Fitr lalu. Ketika itu kami menganjurkan Sambutan Raya Dandenong di rumah Huzaizi-Zainah. Selepas itu beberapa kali cuba disetkan masa dan tarikh untuk majlis seterusnya tetapi tidak kesampaian. Ada sahaja halangan yang tidak dapat dielakkan. AlhamduliLlah akhirnya menjad kenyataan.


Cuaca pada hari tersebut agak baik, just nice kata ompotih. Redup dengan sesekali matahari bersinar terang diselangi mendung berserta angin bertiup sejuk. Awalnya bimbang juga kerana dua hari berturut-turut sebelumnya hujan sepanjang hari. AlhamduliLlah. Majlis secara informal bermula sekitar jam 03:00 petang. Di samping menu utama, BBQ lamb, ayam dan sosej, pelbagai juadah lain tidak kurang sedapnya, antaranya nasi minyak, nasi kuning, lamb curry, mee hoon goreng dan buah-buahan.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah menjayakannya, terutama tuan rumah, Sdr Rashdan dan Rohani. Juga kepada para jemputan yang hadir. Insya Allah kita ber-BBQ lagi di lain kesempatan.
No comments:
Post a Comment