
Krisis air di Victoria, khususnya di Melbourne dan persekitarannya semakin meruncing. Hujan yang turun tidak menentu, mengakibatkan jumlah simpanan airnya di Thompson River Dam merosot kepada 33.6 % tahun ini berbanding 40.3% pada tahun lepas. Ini memaksa kerajaan negeri mengeluarkan amaran, sekiranya tiada perubahan, Stage 4 Water Restrictions mungkin dilaksanakan menggantikan Stage 3a Water Restrictions yang diguna pakai sekarang. Dengan Stage 3a, pengguna masih dibenarkan mengairi taman/laman selama 2 jam 2 kali seminggu. Manakala Stage 4 pula, penggunaan air di luar rumah dilarang sama sekali.

Begitulah keadaannya apabila air semakin dihargai. Caj penggunaannya agak mahal. Tidak secara langsung banyak mengajar kami akan erti penjimatan. Air basuhan ditakung untuk menyiram sayuran yang ditanam. Mandian juga secara berhemat. Lain-lain hal juga diusahakan setakat upaya yang ada.
Teringat akan air di Malaysia. Pembazirannya begitu ketara. Sepatutnya kita mensyukuri dikurniakan air yang melimpah ruah. Apatah lagi pembaziran itu amalan syaitan. Insya Allah langkah-langkah penjimatan di sini boleh diamal dan dijadikan habit ketika pulang ke tanah air nanti. Moga-moga diberikan kekuatan dan dipermudahkan. Ameen.
No comments:
Post a Comment