
Pada hari Sabtu baru-baru ini kami sekeluarga berkunjung ke sana. Bersama kami adalah Dr. Siti Aminah dan anak-anaknya; Ali Imran, Omar dan Azizah serta Dr. Zaiton yang baru tiba di Melbourne. Sememangnya telah lama kami berhasrat untuk mengunjungi Scienceworks ini. Izzuddin telah pernah ke sana bersama rombongan sekolahnya. Katanya, “Menarik sekali”. Teringin juga kami untuk menerokai “apa yang menariknya”.
Bangunan 1 ½ tingkat dengan pintu masuk utama berbentuk kubah kelihatan ringkas sahaja. Di Ground Floor terdapat Main Exhibiton Gallery yang memuatkan pelbagai exhibit dengan konsep sainsnya yang tersendiri. Antaranya Mathamazing yang mengenengahkan konsep matematik, Sportsworks berkaitan dengan keupayaan kendiri tubuh badan dan House Secrets yang merungkaikan barangan biasa dalam rumah.

Kesemua exhibitnya mempunyai hubungkait yang rapat dengan kehidupan seharian kita. Tanpa disedari setiap perlakuan kita ada intipati sainsnya. Segalanya diterangkan secara mudah di dalam placard di sebelah exhibit. Hampir kesemuanya kita dapat mencubanya. Anak-anak kelihatan begitu seronok sekali. Seharian berada di dalam Scienceworks tiada rasa jemunya. Malah tidak semuanya dapat dihayati. Teringin juga untuk datang lagi di lain ketika. Koleksi foto dapat diakses di Album Foto Kami (Scienceworks) atau klik di sini.

Menghampiri jam 2:00 petang, kami ke Lightning Room pula. Bangunan terpisah di luar bangunan utama Scienceworks yang dijanakan dengan aliran arus eletrik bervoltan tinggi (difahamkan kira-kira 2 juta Volt). Slot 30 minit bertajuk Amps, Arcs & Sparks tidak menjemukan. Secara mudah diterangkan tentang konsep bunyi dan cahaya serta kaitannya dengan elektrik. Bagaimana gitar eletrik berfungsi, kadar gelombang bunyi (decibel) yang mampu didengari dan kelajuan bunyi vs cahaya petir antara yang dipertontonkan.
Di belakang Scienceworks, menghadap Arena Grounds terdapat Spotswood Pumping Station. Bangunan bersejarah yang menjadi pusat sistem kumbahan utama Victoria di akhir abad ke-19. Malangnya kami tidak dapat masuk kerana ada acara sampingan lain di dalamnya.
Menghampiri jam 3:00 petang kami beredar meninggalkan Scienceworks menuju rumah Dr Zamberi-Dr. Harlina di Blackburn South, memenuhi jemputan dari mereka. AlhamduliLlah, sekurang-kurangnya selamat makan tengahari dan terjaga waktu solat Zohor dan Asar. Terima kasih tuan rumah..8)
No comments:
Post a Comment