Friday, November 13, 2009

Birthday Girl : Solehah

Hari ini Ulang Tahun Kelahiran anak ketiga kami, Nur Solehah yang ke-9 (Masihi). Tiada kek dan lilin yang disediakan. Sekadar sekeping kad ucapan yang sama-sama dicoretkan kata-kata perangsang dan harapan (doa) untuknya oleh setiap ahli keluarga.
Hadiahnya majalah Disney’s Fairies (Tinker Bell) yang diminatinya. Bukan hanya untuknya seorang tetapi turut boleh dikongsi bersama. Bermanafaat untuk semua. Seronok sekali apabila mendapat ciuman dan pelukan mesra berserta ucapan terima kasih daripadanya.

Paginya, satu beg besar memuatkan 25 beg kecil berisi goodies digalasnya ke sekolah. Setiap satu untuk rakan-rakan sekelasnya. Begitulah lazimnya setiap tahun yang dilakukan oleh anak-anak di sekolah rendah ketika hari lahir mereka.

Petangnya, anak-anak perempuan sebayanya diajak datang tidur di rumah (sleep over). Tidak disangka Sham Hanif menghadiahkan sebiji kek yang cantik (dan amat-amat sedap), tertera ucapan Happy Birthday Solehah di atasnya. Terima kasih Sham. Seronoknya mereka dapat sama-sama merasa. Tambahan pula ada hadiah istimewa dari rakan-rakannya.

Hujung minggu ini telah diaturkan Majlis Kesyukuran bersama beberapa orang lagi Birthday Girl dan Birthday Boy di kalangan keluarga Dandenong Group bertempat di Cardinia Reservoir Park. Majlis yang diadakan bersekali dengan Majlis Perpisahan untuk keluarga Dr. Siti Aminah yang akan pulang ke tanah air pada awal Disember nanti.

Happy Birthday Solehah. Moga Solehah benar-benar menjadi anak yang solehah. Ameen.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Ropidi,

Saya terbaca catatan awak di Victoria. Saya plan ke Melbourne jun tahun depan bersama dengan family saya dan kawan2, bolehkah saudara bagi sedikit info bagaimanakah keadaan di sana pd bulan jun tersebut dan kita juga plan untuk bermain salji. Mount apakah yang sesuai maksud saya senang pergi dan balik dr segi transportation dan juga accomodation. Terima kasih banyak atas jawapan balas.

Aim,

ropidi said...

Salam Aim,

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Dan selamat berkunjung ke Melbourne.

Bulan Jun adalah awal musim sejuk. Biasanya suhu sekitar 20C. Salji di gunung masih lagi nipis tapi bergantung pada keadaan, mungkin juga tebal disebabkan perubahan cuaca yang tidak dijangka seperti awal Jun tahun ini. Sebaiknya akhir Julai-awal Ogos.

Banyak tempat bersalji di Victoria(rujuk entri2 sebelum ini). Ikut pengalaman, Mt Buller dikira menarik, tempat menginap pun tak susah (boleh cari online sekitar Merrijig atau Mansfield). Mt Hotham dan Falls Creek juga dikatakan menarik tapi saya belum berkesempatan ke sana. Mt Baw Baw tidak kurang cantik tetapi jalan ke sana agak berliku-liku. Jika perlukan maklumat lanjut, hubungi saya di ropidi567@gmail.com.

8) ropidi.