Petang semalam Imran ke DNPS untuk Prep Transition Program, khusus untuk bakal pelajar cilik DNPS. Program kearah memberi pendedahan awal kepada mereka akan persekitaran dan konsep pembelajaran di sekolah rendah. Kelasnya hanya sejam, dari jam 2:15 hingga jam 3:15 petang. Semalam adalah sesi terakhir dari 3 sesi yang diadakan setiap petang Jumaat sejak 3 minggu lalu.
Ketika Information Session, para guru mengingatkan ibu bapa usah bebankan anak-anak ini dengan pencapaian akademik. Biarkan mereka dengan dunia keanak-anakan. Sekolah yang akan berusaha membentuknya.
Malah Kindergarten sendiri pun langsung tidak menekankan keupayaan pandai membaca, menulis dan mengira. Setiap hari anak-anak diberikan berus lukisan, gunting, gam, alat permainan dan digalakkan berkomunikasi sesama sendiri. Pembentukan sahsiah diri ini berjaya meningkatkan keyakinan diri mereka sebelum melangkah ke sekolah rendah. Amat berbeza dari kaedah yang diguna pakai di Malaysia, hatta di peringkat Pra Sekolah. Segalanya berbentuk pencapaian akademik, hinggakan mereka merasa tertekan. Inilah pengalaman yang dialami oleh Imran ketika bersekolah di tanah air selama 3 bulan di awal tahun ini.
No comments:
Post a Comment