Saturday, June 27, 2009

Cuti Sekolah Penggal 2

Hari ini bermulanya cuti persekolahan Penggal 2, sekaligus berakhirnya Semester 1 2009 untuk kesemua sekolah di Victoria. Cuti selama 2 minggu sehinggalah sekolah dibuka kembali pada 13/07/2009 nanti. Setiap negeri di Australia bercuti tidak serentak. Ada yang lebih awal dan ada yang lebih lewat, bergantung kepada Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Semalam hari terakhir persekolahan Penggal 2. Kebiasaannya setiap sekolah tamat waktu persekolahannya lebih awal sedikit dari biasa. Hanisah dan Solehah di Dandenong North Primary School (DNPS) pulang awal sejam, kira-kira jam 02:30 petang. Manakala Izzuddin di Dandenong High School (DHS) ~ foto sebelah ~ pula hanya awal 10 minit dari waktu biasa, 03:10 petang. Imran di Dandenong North-East Kindergarten (DNEK) pula hari terakhir persekolahannya di penggal ini pada hari Rabu lalu.

Bagi anak-anak, cuti sekolah hanya seronok untuk beberapa hari sahaja. Hari-hari berikutnya jika tiada sebarang aktiviti untuk memenuhi masa, setiap detik yang dilalui terasa amat membosankan. Itulah pengalaman mereka sebelum ini. Moga cuti sekolah di musim sejuk kali ini ada kelainannya, dilalui penuh kerseronokan.

Di samping sibuk dengan kerja sekolah yang diberikan guru masing-masing, Insya Allah dikesempatan yang ada mereka akan dibawa berjalan ke tempat-tempat menarik di sekitar Melbourne, antaranya bermain salji di kawasan pergunungan.
Berkunjung ke perpustakaan, bermain bersama rakan-rakan dan menonton DVD terbaru yang dibawa pulang ibunya baru-baru ini antara kegiatan lain yang boleh dilakukan. Dan mungkin banyak lagi aktiviti-aktiviti berfaedah dapat dilakukan dari masa ke semasa mengikut kesesuaian masa. Insya Allah.

3 comments:

rezeki said...

Asalamualaikum,
semoga gembira dan ceria dgn keluarga semasa cuti sekolah ni. Kat Malaysia dah 3 minggu sesi persekolahan selepas cuti pertengahan tahun.
Sesi pengajian baru utk IPTA dan IPTS baru bermula.Satu pertanyaan, ada masalah tak dgn imigresen kalau bawa masuk dvd kerana border security kat australia memang ketat. Sepanjang kunjungan beberapa kali saya ke Australia, alhamdulillah. Tapi semua yg dibawa perlu diisytiharkan.

rezeki said...

Bagaimana keadaan swine flu di sana. Di sini pertambahan kes semakin banyak. Kebanyakkan kes dibawa selepas kunjungan mereka ke luar negara, terutama melbourne . Banyak juga sekolah telah ditutup buat sementara waktu utk mengekang penuluran wabak tersebut

ropidi 'n laili said...

Salam.
Bawa DVD tiada masalah, hanya untuk kegunaan sendiri bukannya untuk diniagakan.
Swine flu di sini bertambah, komplikasi dgn winter flu. Difahamkan ianya tidak seteruk winter flu yang sering dihidapi ketika musim sejuk. Moga cepat kebah. Ameen.