Monday, October 4, 2010

Pengggal Ke-4/2010

Hari ini anak-anak mula kembali bersekolah setelah 2 minggu bercuti. Maka bermulalah Penggal Ke-4 persekolahan di Victoria.
Penggal ini adalah sesi terakhir persekolahan bagi tahun 2010 ini, juga terakhir untuk anak-anak kami; Izzuddin, Hanisah, Solehah dan Imran bersekolah di Victoria. Insya Allah awal tahun hadapan kami sekeluarga akan kembali ke tanah air.
Selama 2 minggu bercuti, diperhatikan anak-anak begitu seronok sekali.
Di minggu pertama, mereka di bawa berjalan-jalan makan angin melalui Great Ocean Road ke Port Campbell dan Warrnambool; menunggang kuda di Blazing Saddle, Aireys Inlet; bermain dengan kangaroo di Phillip Island dan menghayati keindahan bungaan tulip di Silvan.
Di minggu kedua mereka lebih banyak masa di rumah. Hampir saban petang mereka keluar bermain dan ada ketikanya tidur (sleepover) bersama rakan-rakan sebaya. Di masa terluang lain, mereka dibawa ke Dandenong Library untuk meminjam buku dan DVD kegemaran.
Di sebalik keseronokan bercuti, mereka juga kelihatan seronok untuk kembali ke sekolah. Tidak sabar untuk bertemu lain-lain rakan sekelas, guru dan juga sistem pembelajaran yang menyeronokkan.

2 comments:

Anonymous said...

salam....
Ropidi..nice blog dan btol2 membantu saye yg sedang mencari info pasal Oz...
saye n hubby & son akan ke sane 15 oct nie..so memang tgh cari info agar kat sane nnt maa x terbuang mcm tue jer..
kami mmg amek travel agent, tapi utk 4 hari jer, selebaihnye 4 hari lagi kami plan nak redah je konon nak advamture lah sket..hihihi...

erk, kat sane musim spring sejuk ye? mmg perlukan kitrg bawak coat ke? atau shawl je pon dh cukup, yer?

tq- Yana.

ropidi 'n laili said...

Salam Yana,

Terima kasih kerana menyinggah di blog saya..8)

Spring season ni tak menentu, ada kala sejuk (esp. malam) dan adakala panas sehingga mencecah 25C. Baik bersedia dengan sweater bersama shawl.

Selamat melancong di Melbourne.