Kami sekeluarga telah lama berhasrat untuk berkunjung ke USA, khususnya menjenguk Izzuddin @ Iddin yang sedang mengikuti pengajiaan ijazahnya di University of California Kampus Davis (UC Davis). Perancangan kami... paling lewat ketika majlis konvokesyennya. Sambil-sambil tu bolehlah Iddin pusing-pusing dulu tengok mana-mana tempat yang boleh kami singgahi nanti.
Berikut adalah antara persediaan yang telah kami lakukan:-
1. Mohon Visa Secara Online - bayarannya USD 160 seorang. Lecehnya kerana perlu mengisi Form DS-160 yang panjang berjela untuk setiap orang. Maklumat berkaitan boleh diperolehi di www.ustraveldocs.com/my.
Sesi temuduga pula dijalankan di Kedutaan Amerika Syarikat @ Jalan Tun Razak mengikut jadual temuduga yang telah disetkan lebih awal, juga secara online. AlhamdulILLAH sesi temuduga santai yang mudah - cuma Hanisah dan Solehah perlu jawab secara bertulis berdasarkan senarai soalan yang disertakan - mungkin kerana usia remaja mereka kot...!

2. Tiket Penerbangan Pergi dan Balik - Kami memilih Cathay Pacific - berlepas dari KLIA pada 10-Jun @ 1:30 pm, transit hampir 2 jam di Hong Kong Intl Airport sebelum terbang ke San Francisco Intl Airport. Penerbangan baliknya pula pada pukul 1:00 pagi @ 19-Jun, juga transit di Hong Kong dan seterusnya berlepas ke KLIA. Penrbangan sehala yang lama, sekitar 20 jam.
Alternatif Singgahan |
4. Lokasi Kunjungan - Kami mempunyai beberapa alternatif tempat yang akan dikunjungi. Dengan bantuan daripada Iddin, dicadangkan beberapa lokasi pelancongan dan singgahan yang sewajarnya dipertimbangkan. Terima kasih Iddin.
5. Tempat Menginap - Carian melalui Airbnb - Pilihan kami adalah homestay yang mempunyai fasiliti untuk memasak dan memanas. 5 Hari pertama (10/06~14/06) kami menyewa di Tracy Drive, Santa Clara. Hari-hari berikutnya Iddin yang tolong uruskan - 1 malam di Citrus Heights, 1 malam di Fresno dan 2 malam di Sacramento.
6. Kenderaan - Carian melalui online, SUV/MPV 7-seater untuk 8 hari (10/06~18/06). Kami sewa dari Hertz dengan pickup dan return di tempat yang sama iaitu San Francisco Intl Airport.
Kedai HALAL @ San Jose |
Kami bawa nasi impit, perencah rendang, perencah nasi goreng, nasi kabsah, nasi briyani kambing, kueh-mueh raya dan beberapa barangan lagi. Lain-lain keperluan dan sebahagian makanan lagi dibeli di sana yang mudah diperolehi.
8. Bagasi - Kami berlima cuma bawa 2 beg pakaian (kecil dan besar) dan 1 kotak pelbagai barangan makanan. Rancangan kami adalah pakaian dibasuh selama berada di rumah sewaan. Malahan pula pakaian kurang berbau disebabkan cuacanya yang kering dan adakala sejuk serta tidak berpeluh.
9. Waktu Solat - Tumpuan kami ketika transit di Hong Kong dan ketika di dalam penerbangan (pergi dan balik) dan juga waktu di California. Ada kaitannya juga dengan waktu berbuka puasa dan bersahur. Pakcik Google sedia membantu. AlhamdulILLAH ada ruangnya untuk kami menunaikan kewajiban kepadaNYA.
10. Tukaran Duit - Dilakukan secara beransur-ansur kerana kedudukan RM berbanding USD ketika itu tidak stabil, sekitar USD1:RM3.96. Berapa banyak yang diperlukan? Bergantung kepada perbelanjaan yang mungkin dilakukan terutama petrol, makan-minum dan barangan cenderahati. Kami bawa USD 2,400 tetapi yang digunakan hanya dalam USD 1,400 sahaja.

Itulah sebahagian daripada persediaan yang kami lakukan. AlhamdulILLAH segalanya berjalan lancar dan dipermudahkanNYA.
No comments:
Post a Comment