AlhamduliLLAH... setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ILLAHI... anak bongsu kami, Muhammad Imran berjaya menyambung pengajian ke Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SM Imtiaz YT) Besut.. sekolah 'elit' pilihan rakyat Terengganu dan antara yang terbaik di tanah air.
Dikatakan 'elit' kerana syarat kemasukannya agak ketat. Di sebalik prestasi yang cemerlang dalam UPSR dan UPKK, para pelajar perlu melepasi sesi temuduga yang melibatkan Hafazan dan Tilawah Al-Quran, Penulisan Jawi dan keterampilan diri. AlhamduliLLAH.. Imran mampu melepasinya.
Sistem pendidikan di SM Imtiaz menggabungkan KBSM dan Pengajian Al-Quran dengan visi Melahirkan Generasi Ulul Albab yang bercirikan Quranik (faham tuntutan agama), Ensiklopedik (rujukan pelbagai bidang ilmu) dan Ijtihadik (pandangan berpandukan syariat) demi melahirkan profesional Muslim.
Terdapat 8 buah SM Imtiaz di Terengganu, yakni di setiap daerah. SM Imtiaz Besut yang dibuka pada tahun 1999 adalah yang pertama dan yang terbaru dibuka pada tahun ini iaitu di Daerah Marang.
SM Imtiaz Besut.. letaknya di Bkt Keluang... hanya 2 km daripada
MRSM Ulul Albab Kota Putera di mana kakaknya Nur Solehah sedang menuntut di
Tingkatan 5. OKlah tu... dekat tapi jauh. Sekurang-kurangnya terasa ada ahli keluarga yang berdekatan...
Pertama kali melihat bangunan baru SM Imtiaz Besut yang dirasmikan pada tahun 2015 ini, terpana seketika pandangan kami... betapa besar dan cantiknya ibarat al Hambra di Andalusia, Sepanyol ataupun al-Qarawiyyin University di Fes, Morocco.
Semakin teruja Imran dibuatnya dan berharap agar terpilih masuk ke sini.. AlhamduliLLAH impian menjadi kenyataan.
Berlatarkan Bangunan Utama SM Imtiaz Besut |
Sistem pendidikan di SM Imtiaz menggabungkan KBSM dan Pengajian Al-Quran dengan visi Melahirkan Generasi Ulul Albab yang bercirikan Quranik (faham tuntutan agama), Ensiklopedik (rujukan pelbagai bidang ilmu) dan Ijtihadik (pandangan berpandukan syariat) demi melahirkan profesional Muslim.
Terdapat 8 buah SM Imtiaz di Terengganu, yakni di setiap daerah. SM Imtiaz Besut yang dibuka pada tahun 1999 adalah yang pertama dan yang terbaru dibuka pada tahun ini iaitu di Daerah Marang.
SM Imtiaz Besut - pandangan atas |
Pertama kali melihat bangunan baru SM Imtiaz Besut yang dirasmikan pada tahun 2015 ini, terpana seketika pandangan kami... betapa besar dan cantiknya ibarat al Hambra di Andalusia, Sepanyol ataupun al-Qarawiyyin University di Fes, Morocco.
Semakin teruja Imran dibuatnya dan berharap agar terpilih masuk ke sini.. AlhamduliLLAH impian menjadi kenyataan.
Pada pagi Ahad baru-baru ini (15/01/2017)... dengan rasminya Imran mendaftar masuk ke SM Imtiaz Besut bersama-sama sekitar 120 orang pelajar baru Tingkatan 1.
Maka bermulalah perjuangan Imran sebagai pelajar sekolah menengah dan pada masa yang sama melalui detik-detik sebagai pelajar sekolah berasrama penuh yang terpisah daripada pandangan mata ibu ayah. Segalanya perlu berdikari dan berusaha mendisiplinkan diri dengan segala peraturan. Bagi kami... itulah yang terbaik untuknya.
Terasa berat di hati untuk berpisah dengan Imran. Ya lah... selama ini dialah kawan ketika di rumah di saat abang dan kakak-kakaknya di kolej/ maktab. Kini giliran Imran pula merantau. Tinggallah ayah dan ibu berdua di rumah. Semakin sunyilah jawabnya...
Kepada Imran... laluilah segalanya dengan tabah dan kuatkan tekad. Untuk menjadi al-Fateh bukannya mudah. Perlu berkorban demi menggapai kejayaan di dunia apatah lagi di akhirat. Lakukanlah yang terbaik. Inshaa ALLAH segalanya akan dipermudahkanNYA. Ameen.
Seusai mendaftar di hadapan Koop |

4 comments:
Assalam. Tahniah Imran. Smg tabah menjalani khidupn di bumi ulul albab. Huffat aljannatu bilmakarihi wa huffat annaru bisy syahawat mksudnye jln menuju ke syurge dipagari kesukaran dan jln menuju ke neraka dipagari syahwat dan keghairahan. Saye alumni Imtiaz Besut dan skrng belajar di KISAS, Klang. Pnglmn sye di Ibest sememangnya hbt dan pnuh dgn cbrn. Sronok dan prlukn kekentalan jiwe. Imran boleh. Smg berjaya encik dan puan menjaga Imran. Imran boleh.
Waalaikum salam Da Fityah...
Terima kasih kerana sudi bertamu di Salam Monash. Moga Da Fityah beroleh kejayaan cemerlang di dunia dan di akhirat. Amiin.
Inshaa ALLAH doakan yang terbaik untuk Imran. Terima kasih.
In sha Allah. Semoga berjaya anak encik, Imran. Imran, buat yang terbaik utk keluarga.
bismillah assalamualaikum encik dan puan. saya baru habis periksa turath quran sunnah dan saje search search pasal sekolah sendiri balik harini hehe. ternampak post acik dan rasa amat teruja untuk baca post sebegini kat google. alhamdulillah, moga moga imran dapat berbakti dan menabur jasa sepenuhnya dekat ibest dan kumpul permata sebanyak mungkin kat sini. saya, as senior f5 kat sini rasa berbangga untuk ada junior sehebat imran :D ^_^ moga family acik terus berjaya dunia akhirat
Post a Comment