Tuesday, February 9, 2010

Memperingati Black Saturday

Tanggal 7 Februari 2009 (Sabtu) tertacak kemas dalam ingatan setiap warga Australia di Victoria. Pada hari itu suhunya amat panas, kira-kira 47 darjah Celcius. Dan pada hari itulah tercetusnya peristiwa mengharukan yang menyaksikan seramai 173 rang terkorban dalam kebakaran besar (inferno). Sebahagian besar Victoria hangus. Yang tinggal hanyalah pepohonan rentung dan runtuhan rumah sahaja. Itulah peristiwa yang dikenali sebagai Black Saturday.

Kelmarin, Ahad (7 Februari, 2010), seluruh Victoria (juga Australia) berkabung, mengimbasi kembali kedukaan yang dirasai setahun lepas. Dari Marysville ke Bendigo, Kinglake ke Churchill dan di mana-mana sahaja... mereka berkumpul, terutama di kalangan ahli keluarga, kenalan rapat mangsa yang terkorban mahupun tercedera dan juga pasukan penyelamat. Bendera dinaikkan separuh tiang dan masing-masing berpegangan tangan dan berpelukan sambil mengalirkan air mata kesedihan.

Tahun ini, setakat ini, kepanasan musim panasnya tidak menentu. Ada ketikanya mencecah hampir 40 darjah Celcius dan adakala sejuk nyaman di sekitar 22 darjah Celcius. Langkah berjaga-jaga dengan disertai amaran kepada orang ramai sentiasa diuar-uarkan sebagai ingatan. Kealpaan dan sikap mengambil mudah menjadi pengajarannya. Sekelip mata sahaja ianya boleh berlaku... Itulah kekuasaan Allah SWT.
FirmanNya dalam Surah Yasin, ayat 82, mafhumnya :

“Sesungguhnya apabila Dia menghendaki sesuatu, hanyalah Dia berkata : Jadilah, maka jadilah ia”

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum En Ropidi,

Terjumpa blog ini. Saya cari jugak e-mail En Ropidi, ingat nak tanya secara personal mengenai perjalanan ke Tassie, tapi tak jumpa pulak. Saya dan kelaurga bercadang nak melawat tassie bulan depan. Cuma ingin tahu soal makanan halal/restaurant halal disana? Bagaimana En. Ropidi sekeluarga makan disana?

Terima kasih.
Nat
-La Trobe Uni-

ropidi 'n laili said...

Waalaikum salam Nat..

Email saya : ropidi567@gmail.com

Selama 5 hari di Tasmania, kami tinggal di rumah yang tersedia dapur untuk memasak. Kami bawa periuk nasi, dendeng (seakan rendang), sardin dan beras untuk sekali-dua masak. Selebihnya dibeli di Coles/Safeway di sana.

Pinggan/cawan/mangkuk boleh guna yang disediakan (kena samaklah) atau guna sahaja bekas pakai buang. Kami tak makan di luar. Bekal di jalanan pun telah sedia dimasak.