Wednesday, July 29, 2009

Bingkisan Sdr Muslim @ Malaysia

E-mel dari Sdr Muslim Mustapha untuk rakan-rakan di Melbourne, khususnya South Eastern Group @ Clayton, Springvale, Dandenong dan sekitarnya.
Assalammualaikum,
Alhamdulillah kami telah selamat sampai di Malaysia pada pagi Sabtu 25/7 yang lepas. Kami sekeluarga kini sihat dan sedang menyesuaikan diri balik dengan cuaca dan suasana di Malaysia.
Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala pertolongan yang telah diberikan oleh South Eastern family members. Semangat kekeluargaan yang ditunjukkan di dalam famili South Eastern ini telah banyak mengurangkan rindu kepada keluarga dan suasana di Malaysia.
Kami juga sangat terhutang budi kepada segala pertolongan yang telah diberikan kepada kami dari Balkhis mengandung sampailah Madeehah dilahirkan. Pengalaman melahirkan anak pertama di OZ tanpa ada orang tua disisi adalah peristiwa yang tidak akan kami lupakan.
Peristiwa ini yang menguatkan lagi rasa kekeluargaan kami dengan South Eastern members kerana terlalu ramai members yang tampil menawarkan pertolongan tanpa diminta, membantu kami dengan segala pengalaman dan ilmu yang mereka ada dan memberikan sokongan moral. Banyak lagi peristiwa-peristiwa menarik yang tak terungkap yang akan menjadi memori indah kami bersama keluaga South Eastern.
Semoga semangat kekeluargaan yang telah terbentuk ini akan berterusan walau di mana jua kita berada. Kami mohon maaf jika ada South Eastern members yang ada terasa hati dengan kami ataupun jika kami gagal menunaikan hak-hak mereka ke atas kami. Kami mohon doa daripada South Eastern members agar kami akan diberikan kejayaan di dunia dan akhirat.

1 comment:

rezeki said...

Asalamualaikum,
begitulah kehidupan di perantauan yg jauh dr sanak keluarga. Hanya sahabat dan taulan di sana kita anggap sebagai keluarga dan saling bantu membantu disamping dapat mempertingkatkan lagi semangat ukhwah dan persaudaraan.
Firman ALLAH S.W.T :
‘Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takut olehmu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dasyat’. (Surah Al-Maidah: 2)
Semoga saudara semua di sana dan seluruh umat islam sentiasa di bawah perlindunganNYA.