Thursday, July 16, 2009

Berakhirnya Cuti Penggal Ke-2

Mulai awal minggu ini, Penggal ke-3 (juga Semester ke-2) persekolahan di Victoria ini telah pun dibuka. Rutin kehidupan anak-anak sebagai pelajar kembali mewarnai hari-hari yang bakal dilalui. Keluar rumah jam 08:30 pagi dan tamat kelas pada jam 03:30 petang. Malam pula, selepas mengaji dan solat Isyak mereka menelaah buku dan menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Jarang sekali mereka menonton TV kecuali ada cerita menarik disiarkan, itupun perlu disiapkan dahulu kerja sekolah kiranya ada.

Selama 2 minggu bercuti Penggal Ke-2 baru-baru ini, kebanyakan masa mereka dipenuhi dengan kegiatan harian bersama keluarga, sesekali keluar bersama rakan-rakan sepermainan ketika cuaca cerah. Seminggu sekali pula mereka berkunjung ke Dandenong Library untuk meminjam buku, majalah dan juga DVD.
Seawal minggu pertama, mereka dibawa ke Mt. Buller untuk bermain salji. Berkongsi chalet 3 bilik bersama keluarga Zamri yang turut disertai anak-anak mereka yang sebaya dengan anak-anak kami. Seronok mereka apabila dapat bersama.

Pada akhir minggunya pula dibawa berjalan-jalan menimba pengetahuan di Melbourne Museum serta menonton dokumentari Under The Sea 3D, juga di tempat yang sama.
Ketika ibu mereka ke Paris selama 5 hari di minggu ke-2 cuti sekolah, banyak masa mereka dihabiskan di rumah. Di samping bertungkus lumus menyiapkan kerja sekolah musim cuti, di masa tertentu mereka menonton TV, DVD dan juga membaca. Adakalanya mereka bermain computer games, monopoly dan juga puzzles. Sesekali bermain di laman belakang ketika cuaca terang dan sedikit panas.

Izzuddin pula lebih panjang langkahnya. Ketika cuaca panas (tapi sejuk), disetkan temu janji bermain kriket bersama rakan-rakan Malaysia di padang sekolah di sebelah petangnya selepas solat Asar sehinggalah terbenamnya matahari. Aktiviti yang baik dan menyegarkan berbanding memerap sahaja di rumah. Latihan Tae Kwon Do-nya pun berjalan seperti biasa, 3 kali seminggu.

Namun ada ketikanya terluah juga rasa bosan mereka berada di rumah tetapi tidak lama selepas itu kembali ceria dengan aktiviti masing-masing. Malamnya mereka kerap tidur lewat, kebenaran yang hanya dihadkan di musim cuti sekolah.

3 comments:

rezeki said...

salam,
pejam celik, masa berlalu begitu cepat tanpa kita sedari. Sekarang Rejab kemudian Saaban , dh masuk ramadhan. Dh mula berpuasa. Tahun ini nti, saudara sekeluarga berhari raya di mana?

ropidi 'n laili said...

Salam,
Sehari semalam 24 jam tidak pernah berubah tetapi setiap detika dilalui terasa begitu cepat beredar. Insya Allah tahun ini kami berpuasa dan berhari raya di Melbourne. Cik Li pula bagaimana, di tanah suci atau di tanah air?

Unknown said...

Assalamualaikum,

Harap abg ropidi dan kak laili n anak2 semua sihat di sana. Salam Aidilfitri (walau pun dah abis syawal) zura ucapkan. Nasib baik jumnpa blog abg pidi sbb zura lost smua contact famili abg pidi. Igt nk call pakcik makcik (kak laili's parents) tp lost jg. Hope abg pidi baca comment ni...zura just drop by nk beri email add (nrazura@uum.edu.my) and nk tumpang tanya, melbourne uni dekat tak dgn monash? ada kwn nk fly ke sana tp accomodation only available on the 14th Nov sedangkan dia akan fly on the 5th Nov 2009. Hope abg pidi n kak laili leh assist if ada kwn2 di melb uni msian...email kwn zura tu (darwinda@uum.edu.my)...tenkiu, kirim salam zura kt anak2...(ingat ke tak diaorg kt zura yek?! hehe)