Friday, September 18, 2009

Salam Eid-ul-Fitr

Penetapan Eid-ul-Fitr 1430H telah pun diumumkan semalam oleh Islamic Council of Victoria (ICV) –disertakan di bawah-. Berdasarkan kiraan falak mereka, Insya Allah Eid-ul-Fitr-nya pada hari Ahad ini, 20 Sept 2009. Rasanya sama dengan kiraan falak di Malaysia. Bermakna kita berpuasa 29 hari sahaja pada tahun ini. Begitu juga ketetapan dari komuniti Turki yang berpuasa awal sehari dari ketetapan ICV.

Nampaknya umat Islam di Victoria, Australia akan menyambut Eid-ul-Fitr pada hari yang sama. Memudahkan bagi kami memilih tempat untuk bersolat sunat Eid-ul-Fitr, samada di masjid komuniti Turki berhampiran rumah atau bersama komuniti Melayu Victoria di Community Hall di Narre Warren (tidak jauh dari Dandenong).
Namun kebiasaannya kami akan ke Monash University untuk bersolat, sekaligus berukhwah dengan rakan-rakan pelajar Malaysia di sana, bersama-sama dengan lain-lain bangsa dan keturunan dari serata dunia. Seterusnya bergerak ziarah raya dari rumah ke rumah, memenuhi jemputan rumah terbuka dari rakan-rakan.

Menjelang tibanya Hari Lebaran nan mulia ini, kami sekeluarga mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf setulus hati atas segala salah dan silap kami. Terlalu banyak kesilapan kami, adakalanya tanpa disangka mengguris hati orang lain. Dosa kepada Allah SWT boleh bertaubat secara langsung dengannya, sedangkan dosa sesama manusia perlu keampunan dari manusia yang disakiti.
Salam Eid-ul-Fitr. Maaf Zahir dan Batin.

Announcement from Board of Imams regarding Eid-ul-Fitr 2009

Thursday, 17 September, 2009

Please find the following communication from the Board of Imams reproduced below

In the name of Allah SWT, the most Gracious and the most Merciful.

ANNOUNCEMENT. 1ST DAY OF SHAWWAL 1430 (Edul Fitr -2009)

All praise be to Allah (SWT) the most Gracious and the most Merciful. The Board of Imams Victoria is pleased to announce that the first day of Shawwal 1430 will be on

Sunday 20th of September 2009 Insha Allah.

The Astronomical New Moon is expected to be on Friday, 18th of September, 2009 at 18:44 Universal time (04.44 Melbourne time) in Australia and thus the first possible visibility of the new moon (hilal) after sunset will be on Saturday, 19th September 2009.
The member Imams of the Board of Imams Victoria (BOIV) send their warmest Eidul Fitr greetings to all Victorian Muslims and the entire Muslim community all over Australia.

BOIV wishes a happy and virtuous Eidul Fitr for all.

4 comments:

rezeki said...

Salam,
selamat hari raya buat Ropidi sekeluarga ,semoga bergembira walaupun di perantauan.

ropidi said...

salam,

begitu juga utk sdr azlie. moga amal kita di sepanjang ramadhan dirahmati olehNya.

Anonymous said...

salam ziarah.
seronak nmpk berharai raya di perantauan.bila nak blk malaysia. ada masa jenguk blog sy di http://chegukampung.blogspot.com

ropidi said...

salam che' gu,

terima kasih kerana sudi menyinggah.

seronok-seronok juga tapi sentiasa rindukan tanah air. insya Allah akan pulang pertengahan tahun hadapan.