Saturday, April 4, 2009

Balik Kampung > Malaysia

Petang ini kami 4 beranak (ayah, Izzuddin, Hanisah dan Solehah) akan pulang ke tanah air tercinta. Penerbangan Malaysia, MH 148 dijadualkan berlepas jam 04:00 petang waktu Melbourne (01:00 petang waktu Malaysia) dan dijangka tiba di KLIA, Sepang pada jam 09:10 malamnya.

Insya Allah, kami akan bertolak ke Melbourne Airport di Tullamarine yang letaknya kira-kira 60 km dari rumah di Dandenong kira-kira jam 12:00 tengahari. Berbanyak terima kasih pada Tengku Rashdan, rakan sekampung di Dandenong yang sudi menghantarnya.

Kami akan berada di tanah air selama 3 minggu sehingga 25/04/2009 dan dijangka bertolak pada sebelah malamnya menuju balik ke Melbourne. Selama 3 minggu tersebut, kami akan berada di Ulu Klang, Kg. Bukit Bangkong berdekatan Sepang serta di Kg Telok Menara di Kuala Terengganu.

Ibu Laili dan si bongsu, Imran telahpun hampir 2 bulan berada di tanah air. Mereka pulang lebih awal kerana Laili mempunyai tugasan pengumpulan data untuk pengajian PhDnya di Monash University. Insya Allah kami akan kembali ke Melbourne bersama-sama pada 25/04/2009 nanti.

Barang-barang yang nak dibawa pulang telahpun siap bersusun di tepi dinding rumah. Awalnya sekadar 1 beg pakaian dan 2 kotak sahaja yang disiapkan. Salah satu daripada kotak tersebut adalah sebahagian BBQ set (berat juga, kira-kira 25 kg, sebahagiannya telah dibawa pulang di pertengahan tahun lepas) kepunyaan kenalan yang memesannya hampir setahun lepas.

Namun ada tambahan pesanan di saat-saat akhir. Dari 2 kotak dah jadi 5 kotak dan kekal 1 beg pakaian untuk kami 4 beranak. Semuanya masuk ruangan kargo. Berat semuanya mencecah 90 kg, kurang 10 kg dari kelayakan 100kg untuk 4 orang (ie. 25 kg seorang). Hand luggage pulak ada 4 beg termasuk 3 back pack, semuanya dipenuhi barang pesanan untuk dibuat tuntutan cukai, Goods and Services Tax (GST) di kaunter TRS (Tourist Refund Scheme) selepas pemeriksaan kastam di Melbourne Airport. Nampak gaya semua orang kena bawa satu beg seorang.

Walaupun banyak pesanan, tidaklah sampai menyusahkan kami. Moga semuanya selamat.

Kepada pengunjung blog Salam Monash ini, saya tidak pasti samada akan ada update selama 3 minggu berada di tanah air. Semuanya bergantung pada kemudahan internet dan juga masa saya sendiri yang terpaksa berkejar ke sana sini. Ketika berada di Ulu Klang, bolehlah saya menumpang talian internet ipar tetapi ketika berada di kampung halaman di Terengganu, rasanya tidak kerana tiada sambungan internet.

Sehingga ketemu lagi. Doakan kami selamat pulang ke tanah air dan selamat pula kembali ke Melbourne selepasnya. Terima kasih.

4 comments:

Shaharudin Ismail said...

Selamat bercuti ke tanahair.
Selamat kembali semula ke Melbourne.
Nanti lepas u all balik semula ke melbourne, kami 'balik kampung' dandy

Hidayah said...

Selamat Balik kampong, Saya cuma nak bagitau plus ask permission ler kot, saya nak letak blog Cik Ropidi dalam link saya yer sebab saya suka baca cerita Cik Ropidi dan juga saya suka tengok gambar2 lawatan tempat2 di Oz dalam blog ni..

Sekian
Ustazah Hidayah
La Trobe Uni
Bundoora
http://sekadarpendapat.blogspot.com

ropidi 'n laili said...

Salam semua,

Din..
Seronok bila dah jejakkan kaki di tanah air, terubat segala rindu di hati..8) jumpa di Dandy.

Ustazah,
Blog saya tiada apa menariknya, sekadar merakamkan pengalaman seharian di rantauan. Tiada masalah kiranya Ustazah nak link-kan, mungkin ada manafaatnya. Mohon kebenaran yang sama untuk link-kan blog Ustazah..8)Tk.

Hidayah said...

Salam,
Boleh saja, nanti kita sama-sama link-kan. Harap ada kebaikan juga.
Terima kasih byk-byk ye dan selamat bergembira di tanah air.. Kirim salam pada isteri dan anak-anak..

Ust Hidayah