Ini pula kisah kunjungan kami ke Bandaraya Melaka Bersejarah.
Telah lama kami menyimpan impian untuk melancong ke Melaka terutama di tengah Bandaraya Melaka. Kali terakhir kami berjalan-jalan menghayati kesan tinggalan sejarah silam hampir 40 tahun lalu. Satu jarak waktu yang agak lama. Jodoh pun masih belum ditemukan...Ya lah ketika zaman sekolah rendah lagi. Itu pun bersama rombongan sekolah. Terlalu banyak perubahannya.

Di
pertengahan cuti sekolah Penggal 1 (18/03~26/03/2017) baru-baru ini,
kami bertiga; ibu ayah dan si bongsu Imran berkesempatan turun ke
Melaka. Tambahan pula Imran juga amat meminati sejarah tanah air. Apatah
lagi Melaka yang penuh dengan pelbagai kisah yang perlu diambil
iktibar.
Oleh kerana pengkisahannya agak panjang, maka ianya telah dipecahkan kepada 3 bahagian yang perlu dibaca mulai dengan Bhg 01 hingga ke Bhg 03. Setiap tempat yang dikunjungi disentuh secara umum sahaja. Untuk lebih terperinci, bolehlah dirujuk ke laman-laman pelancongan yang berkaitan dengannya.
Moga ada manafaatnya.
No comments:
Post a Comment