Beredar dari The Stadthuys, kami bertiga terus menuju ke Jalan Kota yang menempatkan deretan muzium, galeri dan bangunan tinggalan penjajah. Kami perlu membuat pilihan mana tempat yang ingin dikunjungi kerana tidak mungkin mampu dilawati kesemuanya sekaligus. Jalan Kota ini ditutup kepada kenderaan bermotor tetapi disediakan kereta kuda dan beca roda tiga berirama dengan bayaran tertentu.
Sorotan Sejarah Seni Bina di Malaysia |
Terdapat 7 galeri utama yang mempamerkan urutan perkembangan seni bina di Malaysia yang merangkumi elemen sejarah, kepercayaan, tipologi, motif ukiran, teknologi semasa dan bahan-bahan serta peralatan pembinaan.
Stesen Keretapi Tanah Melayu |
Bersebelahan Muzium Seni Bina adalah anak tangga ke puncak Bukit St. Paul, diikuti Muzium Islam Melaka, Muzium UMNO, Muzium Rakyat, Muzium Dunia Melayu dan Dunia Islam dan banyak lagi.
Semuanya itu tidak kami singgahi kerana tumpuan kami seterusnya adalah ke Kota A'Famosa. Asalnya ia adalah sebuah kubu pertahanan Portugis yang dibina pada tahun 1511 dan akhirnya dirobohkan oleh British sebelum dihentikan. Hanya pintu gerbang sahaja yang tinggal, dikenali sebagai Porta de Santiago.
Porta de Santiago.. Tinggalan Portugis |
Bersebelahannya adalah Bukit St. Paul di mana terdapatnya tinggalan Gereja St. Paul yang dijadikan kubur golongan bangsawan Belanda. St. Francis Xavier yang terdapat patungnya di hadapan gereja ini adalah salah seorang daripadanya.
Untuk sampai ke puncak Bukit St. Paul, kami perlu menapak puluhan anak tangga. Aduhai... dalam keletihan terasa mengah juga dibuatnya.
Berhadapan A'Famosa, terdapatnya Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. Pelbagai bahan sejarah yang membawa kepada kemerdekaan negara dipamerkan, antaranya dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, pita rakaman, minit-minit mesyuarat, majalah, keratan akhbar dan bahan-bahan artifak yang berkaitan.
Bangunan memorial ini dibuka pada 31 Ogos 1985. Ianya dibina pada tahun 1911. Ketika penjajahan British, bangunan ini digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan. Setelah merdeka, bangunan yang dikenali sebagai Kelab Melaka ini dibuka kepada orang ramai sebelum dijadikan memorial.
Bersebelahan memorial adalah Muzium Kesultanan Melaka yang dibina dalam bentuk replika Istana Melayu ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah dari tahun 1456 hingga 1477.
Muzium ini dapat memberi gambaran jelas suasana di dalam istana termasuk ruang-ruang khusus seperti Balairong Seri, Balai Beradu serta Adat Istiadat di zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Terdapat juga diorama kisah Hang Tuah dan Hang Jebat, pelbagai jenis senjata, barangan tembikar dan juga pakaian kebesaran.
Menariknya... keseluruhan bangunan muzium ini diperbuat daripada kayu keras manakala atapnya dari kepingan kayu belian. Pembinaannya pula bercirikan seni pertukangan Rumah Melayu Melaka di mana sendi bangunan diperkuatkan dengan pasak sahaja.
Untuk sampai ke puncak Bukit St. Paul, kami perlu menapak puluhan anak tangga. Aduhai... dalam keletihan terasa mengah juga dibuatnya.
Berhadapan A'Famosa, terdapatnya Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. Pelbagai bahan sejarah yang membawa kepada kemerdekaan negara dipamerkan, antaranya dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, pita rakaman, minit-minit mesyuarat, majalah, keratan akhbar dan bahan-bahan artifak yang berkaitan.
Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri |
Bersebelahan memorial adalah Muzium Kesultanan Melaka yang dibina dalam bentuk replika Istana Melayu ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah dari tahun 1456 hingga 1477.
Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka |
Terdapat juga diorama kisah Hang Tuah dan Hang Jebat, pelbagai jenis senjata, barangan tembikar dan juga pakaian kebesaran.
Menariknya... keseluruhan bangunan muzium ini diperbuat daripada kayu keras manakala atapnya dari kepingan kayu belian. Pembinaannya pula bercirikan seni pertukangan Rumah Melayu Melaka di mana sendi bangunan diperkuatkan dengan pasak sahaja.
No comments:
Post a Comment