Singgahan kami seterusnya adalah
Muzium Setem Melaka yang mula beroperasi pada tahun 2007, hasil kerjasama dengan Pos Malaysia.
|
1611 - Surat Pertama Dari Melaka |
Ketika kunjungan kami, langsung tidak kelihatan pengunjung lain. Sememangnya hanya peminat dan pengemar setem sahaja yang akan singgah di muzium ini. Hanya mereka yang memahaminya akan terasa seronok dan teruja.
|
Tidak Sempat Terbit |
Sejak kanak-kanak, saya adalah peminat setem tetapi hanya setem keluaran Malaysia sahaja. Suatu ketika, rumah kami dimasuki pencuri, koleksi setem yang disayangi habis dilarikan. Pencuri pun tahu nilainya. Apa nak dikata...
Dengan kunjungan ke Muzium Setem ini sekurang-kurangnya terubat juga hati apabila dapat meneliti setiap keping setem yang dipamerkan. Di dalam menyelusuri sejarah setem dunia dan tanah air, tertarik kami dengan setem Malayan Union yang tidak sempat dikeluarkan dan juga koleksi setem mengikut negeri.
|
Sebahagian Binaan Kubu Bastion Middleburg |
Seterusnya kami masuk ke Bangunan Warisan di mana terdapatnya
Galeri Warisan Kota Melaka yang mengisahkan tentang penemuan tapak Kota Melaka yang melingkungi Melaka yang dibina menggunakan batuan laterit.
Terdapat lakaran lukisan di zaman Portugis dan Belanda, juga perobohan yang dilakukan oleh British. Malah ada pandangan mengatakan binaan kota tersebut asalnya telah dibina di Zaman Kesultanan Melayu Melaka tetapi telah diubahsuai oleh penjajah. Allahu a'lam. Tapak Kota Lama ini dapat dilihat di sebelah Bangunan Warisan ini.
Dari penyelidikan arkeologi yang dilakukan, maka telah ditemui kubu Belanda yang dibina sekitar tahun 1660an, dikenali sebagai
Bastion Middleburg di tepi Sungai Melaka. Sebahagian daripada kubu ini telah dibina semula di tapak asalnya yakni di belakang Pusat Maklumat, tidak jauh dari The Stadthuys.
|
Muzium Samudera... Replika Flor de La Mar |
Menjengah jam 4:30 petang, kami singgah pula di
Muzium Samudera. Menurut petugas, kami hanya ada masa setengah jam sahaja. Masa yang amat suntuk. Tiada pilihan, usahakan sebaik mungkin untuk dapatkan sebanyak mungkin maklumat.
Muzium ini terdiri daripada 2 fasa. Fasa I bertempat di replika kapal Portugis
Flor de La Mar dan Fasa II pula bersebelahannya. Kedua-duanya memaparkan sejarah kelautan Melaka dan perkembangan perdagangan dari zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda, British dan Jepun.
Banyak koleksi menarik yang dipamer dan dikongsikan; antaranya Bilik Kapten, Bilik Peta, Bilik Tahanan, lukisan, matawang, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka.
|
Tertarik Imran Dengan Koleksi Model Kapal |
Bagi pengunjung yang mempunyai masa, boleh sahaja menggunakan khidmat Audio Tour yang disediakan.
Menghampiri jam 5:00 petang, ketika pintu keluar di Muzium Samudera Fasa II ditutup sebelah, kami melangkah keluar penuh kepuasan. AlhamduliILLAH... berjaya juga menghabiskannya.
|
River Cruise... Mudik Di Sg. Melaka |
Sebenarnya masih banyak tempat di tengah Bandaraya Melaka yang tidak sempat kami kunjungi. Salah satunya adalah pengalaman menyusuri Sungai Melaka dengan menaiki
River Cruise. Lebih menarik lagi jika dapat menaikinya di sebelah malam kerana pemandangan bercahaya di sekitarnya.
Akan tetapi Imran tidak berminat. Katanya air sungainya amat kotor, busuk dan meloyakan. Itulah hakikatnya yang amat memalukan terutama kepada pelancong luar. Kerajaan Melaka wajar mengambil tindakan drastik untuk mengatasinya.
|
Masjid Selat Melaka |
Misi terakhir kami sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur adalah menyinggah di pulau buatan, Pulau Melaka di mana terletaknya
Masjid Selat Melaka yang juga dikenali sebagai Masjid Terapung. Ianya telah siap dibina pada Ogos, 2006 di tepian Selat Melaka, selat yang terpanjang dan paling sibuk di dunia.
Ketika kami tiba sekitar jam 5:30 petang, kelihatan serombongan pelancong luar dari China sedang keluar masuk dari masjid. AlhamdulILLAH... disediakan jubah dan tudung untuk mereka demi menjaga kehormatan dan kesopanan ketika di rumah ALLAH.
Melewati jam 6:00 petang, kami beredar meninggalkan Bandar Raya Melaka Bersejarah pulang ke Puchong. AlhamdulILLAH... tercapai sudah impian kami. Inshaa ALLAH kami akan berkunjung lagi di lain ketika untuk meneroka banyak lagi tinggalan sejarah yang tidak sempat kami kunjungi.
No comments:
Post a Comment