Rehat santai di Swiss Villa |
Perjalanan pergi dan balik dari
Lembah Kelang ke Lumut dan sebaliknya amat meletihkan kerana terpaksa menempuh
kesesakan Lebuh raya PLUS dari Slim River hingga ke Lembah Beringin (perjalanan
pergi) dan juga dari Bidor hingga ke Sg Buloh (perjalanan pulang).
Ketika menyinggah makan di Teluk
Intan, AlhamdulILLAH... kami dipertemukan dengan bekas rakan sekerja Laili semasa
di Hospital Teluk Intan dan Hospital Kuala Terengganu lebih 20 tahun lalu; Dr.
Azian dan suaminya Dr. Mas Adi. Mereka memaklumkan Jambatan Sultan Yusof iaitu
laluan penghubung dengan Manjung/Setiawan/Lumut ditutup atas sebab-sebab keselamatan.
Disarankan jalan alternatif melalui Kg, Gajah-Bota Kanan-Ayer Tawar.
Pemandangan di The View |
Terima kasih sahabat atas saranan
dan bantuan kalian. Itupun memakan masa kira-kira 6 jam untuk sampai ke setiap
destinasi yang dituju.
Berbalik kepada Swiss Villas...
Sebenarnya selaku ahli Swiss Garden International Vacation Club, telah lama kami idamkan untuk menginap di Swiss Villa @ Damai Laut tetapi kerap gagal mendapat peluang. Mungkin terlewat tempahan. Jadi kali ini kami tempah seawal tahun 2017 lagi, AlhamdulILLAH... ada rezeki untuk kami – Swiss Villa Semi-D Type B (2 bilik tidur).

Misi mencari remis |
Kelompok Swiss Villa ini terletak di
tengah-tengah antara Swiss Hotel/Beach Resort dan Swiss Court Apartment - tidak
jauh dari pantai yakni bersebelahan hotel dan juga kolam renang di kawasan
apartment.
Seperti tahun-tahun sebelum ini,
Pantai Swiss Garden adalah satu kemestian. Bukan hanya kerana pantainya yang
melandai ke laut tetapi misi utama kami adalah mencari remis yang mudah
didapati ketika air surut. Kali ini kami dapat remis sebanyak 2 botol mineral
1.5L. Cukup sekadar digoreng di dalam kuali tanpa garam kerana masinnya air
laut masih tersisa di dalam cengkerangnya. Jenuh jugalah untuk menghabiskannya.
Itulah tamak sangat...!
Salah sebuah kolam penempatan penyu |
Terdapat beberapa kolam penyu yang boleh dikunjungi yang dihuni oleh anak-anak penyu dan penyu dewasa.
Juga kawasan pengeraman dan penetasan penyu.
Jom... Bersama Kita Selamatkan Penyu..!
Jom... Bersama Kita Selamatkan Penyu..!
Namun sesuatu yang kurang
menyenangkan di sekitar Damai Laut ini adalah hurungan lalat di merata-rata
tempat. Di villa yang kami duduki dibekalkan dengan Pelekat Lalat – hampir 100
ekor terperangkap. Lebih menyedihkan lagi dihurung ketika sedang makan di
warung-warung. Boleh terencat selera dibuatnya. Menurut penduduk tempatan,
puncanya dari kawasan perusahaan ayam yang banyak terdapat di sekitarnya.
Kasihan mereka. Aduhai... tiada cara ke untuk mengelakkan semuanya ini?
Umumnya kunjungan kami ke Damai Laut pada kali ini lebih tertumpu kepada agenda rehat santai daripada berjalan-jalan makan angin. Sebenarnya telah banyak tempat pelancongan di sekitar Lumut yang telah disinggahi sebelum ini. Alang-alang dah dapat tempat yang best (villa), jadi bersantaianlah semahunya...

No comments:
Post a Comment