Sempena pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-15 pada 24 April lalu, bertempat di Balairong Seri, Muzium Diraja telah diaturkan Pameran Raja Kita. Tujuannya bagi memperkenal dan merapatkan lagi hubungan Baginda Tuanku dengan rakyat jelata.
Turut sama dipaparkan adalah Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang mempunyai kuasa, fungsi dan ciri-ciri istimewa yang tersendiri.
Turut sama dipaparkan adalah Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang mempunyai kuasa, fungsi dan ciri-ciri istimewa yang tersendiri.
Pameran ini berlangsung dari 2-Mei-2017 hingga 4-September-2017. Bagi yang belum berkesempatan singgah, masa masih ada.... dipersilakan.
AlhamduliLLAH... ketika cuti persekolahan di awal bulan Jun baru-baru ini, berdua dengan Imran... kami berpeluang menyaksikan pameran ini. Sekaligus singgah di Muzium Diraja buat kali kedua. Di muzium tiada apa kelainannya... cuma di lobi utama dipindahkan sementara kelengkapan dari Balairong Seri sempena Pameran Raja Kita ini.
Sultan Muhammad V, Tuanku Sultan Kelantan amat dikenali sebagai seorang raja yang amat sederhana corak kehidupan hariannya dan sentiasa dekat kepada rakyat. Turut sama diketengahkan penglibatan Tuanku Sultan dalam sukan dan rekreasi serta sumbangan baginda dalam bidang pendidikan.
Sebahagian koleksi peribadi Tuanku Sultan juga turut disajikan seperti Al-Quran, rehal, jubah, set sukan menyelam, peralatan memanah, pelana kuda sukan polo, go kart dan basikal riadah.
Sebahagiannya lagi adalah berkaitan dengan sejarah institusi raja, kaedah pemilihan dan perlantikan, istiadat pertabalan, perkembangan Majlis Raja-Raja dan tugas-tugas rasmi Yang Di-Pertuan Agong.

Juga dipamerkan Alat-Alat Kebesaran Diraja, antaranya cokmar, cogan alam, cogan agama, keris pendek dan keris panjang serta Pakaian Istiadat Pertabalan seperti muskat, tengkolok, pending dan keris.
Koleksi Setem Pertabalan, Surat Pengisytiharan Majlis Raja-Raja, Surat Sumpah Jawatan, Cop Mohor Diraja, Peti Undi, Kertas Undi, Tempayan Pembakaran Kertas Undi, manuskrip Misa Melayu dan Taj Al-Salatin serta Sejarah Negeri Kelantan adalah sebahagian lagi bahan pameran yang turut diketengahkan.
Walaupun Pameran Raja Kita ini agak ringkas tetapi banyak ilmu pengetahuan yang mampu dicedok ke arah lebih memahami sistem beraja di negara kita.
Bagi Imran, ianya suatu perkara yang baharu. Selama ini hanya digambarkan dari bacaan buku teks atau makalah tetapi kini dapat dilihat secara realiti dengan penerangan yang lebih jelas dan terperinci.

Moga-moga ada manafaatnya.
No comments:
Post a Comment