Gerhana Bulan berlatarkan Jambatan Pulau Pinang (Foto: Danial Saad) |
SubhanaLlah. Allahuakbar.
Demikianlah sekelumit daripada tanda-tanda kekuasaan ALLAH SWT yang ditunjukkanNYA. Sebagai hamba ALLAH di sebalik kita melahirkan rasa kagum, sewajarnya kita lebih mendekatkan diri kepadaNYA, antaranya mengerjakan solat sunat khusuf (gerhana bulan) secara berjemaah.

Solat 2 rakaat 1 salam - setiap rakaat dilakukan 2 kali rukuk dengan 2 kali bacaan Al-Fatihah dan surah, menjadikan kesemuanya 4 kali rukuk, 4 kali bacaan Al-Fatihah berserta surah dan ditamatkan dengan sekali salam. Diikuti selepasnya dengan khutbah ringkas sebagai muhasabah diri.
Malam tadi, sejurus selesai solat fardhu Maghrib, masjid di kariah kami telah melaksanakan solat sunat ini. Bagi anakanda Imran yang berusia 10 tahun, ianya sesuatu yang amat teruja untuk dilakukan. Apatah lagi ustaz di sekolah agama @ KAFA telah menyatakan tatacaranya. Suatu pengalaman yang amat berguna untuknya. Ilmu yang diterima dapat dipraktikkan.
Dengan bermacam jenis fenomena alam yang melibatkan pelbagai ciptaan ALLAH di alam angkasa yang luas terbentang, sewajarnya dapat menarik minat kita untuk melakukan pemerhatian dan pengkajian ke atasnya. Jika tidak mampu, bacalah pelbagai artikel dan komentar mengenainya. Dan minat dan usaha ini sebaiknya diterapkan sama kepada anak-anak sebagai aktiviti percambahan ilmu.
Kini banyak tempat-tempat tertentu mengadakan cerapan cakerawala secara terbuka dengan memberi peluang orang-orang awam untuk turut sama merasai pengalaman serta menimba ilmu astronomi/ falak daripadanya.
Lazimnya, di setiap negeri ada pusat cerapan masing-masing yang biasanya melakukan cerapan anak bulan bagi menentukan awal Ramadhan/ Syawal/ Muharam/ Wukuf... Cuba-cubalah bertanya. Insya ALLAH moga jawabannya positif.

No comments:
Post a Comment