Bagai yang dijangka... ada lagi kertas UPSR yang bocor - Matematik Kertas 1 dan Bahasa Tamil Pemahaman dan Penulisan. Maka sekaligus peperiksaan bagi kertas berkenaan sebelum ini dibatalkan. Diumumkan peperiksaan gantiannya pada 09 Oktober nanti.
Sebelum ini telah dibatalkan kertas ujian Bahasa Inggeris dan Sains dengan gantiannya pada 30 Sept.
Kini Matematik dan Bahasa Tamil pula. Maka yang tinggal hanyalah Bahasa
Malaysia Pemahaman dan Penulisan serta Bahasa Cina. Apakah tiada
kemungkinan ianya turut bocor? Jika diperhatikan... tiada
mustahilnya.... Kita tunggu dan lihat sahajalah.
Nampak gayanya tak dapat bercuti sakanlah para pelajar Tahun 6. Mereka masih lagi perlu menghadiri kelas seperti biasa. Malah kelas tuisyen pun kembali aktif. Tidak terkecuali, guru-guru pun semakin semput setelah belum hilang semput sebelumnya. Segala-galanya kerana matlamat mengejar kecemerlangan dan peningkatan prestasi sekolah.
Aduhai... kasihan anak-anak. Mereka menjadi mangsa sistem pendidikan yang berorientasikan gred.

Susulan daripadanya, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan polis telah menahan beberapa suspek daripada kalangan guru dan orang awam. Cuma sedihnya, kenapa mereka dilayan bagaikan banduan sedangkan belum pasti mereka bersalah.
Memanglah kita merasa geram, marah, terkilan dan bermacam perasaan lagi tetapi perlulah ditanggani dengan baik. Dengan kepakaran pihak polis dan kerjasama daripada KPM, rasanya kes ini tidaklah sukar sangat untuk diselesaikan. Harapan kami, biarlah ianya telus dan tulus walaupun melibatkan pihak atasan sekalipun.
Moga-moga 'bencana' seumpamanya tidak berulang lagi di dalam apa-apa sahaja peperiksaan selepas ini terutama bagi PT3, SPM dan STPM yang bakal dihadapi tidak berapa lama lagi.
No comments:
Post a Comment