Sekarang adalah musim UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) bagi pelajar Tahun 6/2014. Ianya bermula kelmarin dan hari ini adalah akhirannya. Seramai 472, 853 pelajar di seluruh negara terlibat.
Namun, hari ini tercatat dalam sejarah pendidikan negara - peperiksaan UPSR bagi kertas Sains 018, 028 dan 038 yang sepatutnya diduduki pada hari ini disahkan bocor. Justeru itu ianya terpaksa ditangguhkan kepada 30 Sept.
[018, 028, 038 merujuk kepada kertas Sains untuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis Cina dan Tamil]
[018, 028, 038 merujuk kepada kertas Sains untuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis Cina dan Tamil]
Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), kandungan soalan bagi ketiga-tiga kertas berkenaan didapati telah tersebar luas di laman-laman sosial yang turut diterima oleh ibu bapa.
Turut heboh diperkatakan bahawa kertas Matematik yang telah diduduki sehari sebelumnya pun terlibat sama. Kebenarannya belum dapat dipastikan. Malah pada akhir tahun lepas, kita turut dikejutkan dengan berita kebocoron kertas Matematik dan Matematik Tambhan SPM, akhirnya disahkan hanya soalan ramalan yang iras soalan sebenar.
Sesuatu yang amat mengejutkan. Bagaimana boleh terjadi perkara yang amat memalukan ini? Di manakah silapnya? Apakah sistem sedia ada tidak mampu menangganinya?
Apakah sistem pendidikan negara terlalu berorientasikan pencapaian peperiksaan sehinggakan peperiksaan peringkat sekolah rendah pun terlibat dengan kebocoran?
Kasihan... anak-anak menjadi mangsa |
Apakah tiada Plan B (contingency plan) dalam SOP (Standard of Procedure) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mengambil tindakan susulan segera? Di manakah ketegasan KPM bagi mengelak daripada berulang lagi?
Kemana perginya sifat amanah seseorang yang dipertanggungjawabkan menyimpan rahsia tetapi sanggup membocorkannya? Bagi kami, inilah spesis yang sepatutnya dikategorikan sebagai penyangak @ pengkhianat @ penjenayah negara yang sewajarnya dikenakan tindakan keras di bawah SOSMA/ ISA.
Sedih dan amat memilukan. Demikianlah natijahnya jika iman atau integriti tidak menjadi pakaian diri. Tidak kira siapa... Siapa yang makan cili dialah yang terasa pedas.
Adalah menjadi harapan kami agar dilihat kembali objektif dan falsafah sistem pendidikan negara sekarang. Kemanakah halatujunya dan kemana para pelajar hendak dibawa. Apakah keputusan pencapaian dalam peperiksaan masih menjadi keutamaan ataupun pembinaan jati diri serta keupayaan dalaman pelajar menjadi ukuran?
Kita tidak mahu para pelajar menjadi robot tetapi kita ingin pelajar yang mencipta robot!

No comments:
Post a Comment