Sebagai rekod, di awal pagi Jumaat nan syahdu, 18 Julai, 2014M bersamaan 20 Ramadhan, 1435H nan barakah, kita dikejutkan dengan satu berita yang amat menyayat hati - pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) telah ditembak jatuh di perkampungan Grabovo, Donestk, Ukraine berhampiran sempadan Russia pada malamnya.
Pesawat MH17 berkenaan sedang membawa seramai 285 penumpang (majoriti rakyat Belanda) dan 15 kru berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam, Belanda sekitar jam 12:15 tengahari Khamis (waktu Belanda) dan dijangka tiba di KLIA kira-kira jam 6:10 pagi Jumaat, dipercayai telah terkena tembakan peluru berpandu di kawasan yang sedang bergolak di antara tentera Ukraine dan puak pemisah pro-Russia. Kesemua penumpang dan kru terbunuh.
Setulus hati, TAKZIAH diucapkan kepada para ahli keluarga mangsa. Semoga roh mereka yang Muslim akan dirahmati ALLAH SWT dan termasuk di kalangan insan terpilih menuju ke Jannahnya di bulan nan mulia ini. Ameen.
Sedih dan amat mengharukan. Kita masih lagi dirundung malang mengenangkan misteri kehilangan pesawat MH370 yang masih menjadi teka teki sejak 8 Mac lalu (baru 4 bulan berlalu), kini kita dilanda duka dengan tragedi terbaru yang berlaku. Apatah lagi kali ini akibat kuasa, nyawa insan tidak berkaitan menjadi taruhan.
Kini, kedua-dua belah pihak (Ukraine dan Russia/pemisah) saling menuding jari antara satu sama lain. Menariknya, dari sini timbul pelbagai konspirasi dan realiti yang bagaikan tidak diketahui umum melibatkan pihak Amerika dan Russia (dulunya Soviet Union) yang sememangnya bertelagah secara Perang Dingin sejak lebih 50 tahun lalu.
Dalam hal ini, Malaysia perlu bertegas dan cepat bertindak untuk menyelesaikannya. Setiap langkah diplomasi yang ada sewajarnya digunakan secara berhemah. Pihak yang bersalah wajib dibawa ke muka pengadilan dengan segera dan dikenakan hukuman yang setimpal dengannya. Jenayah pembunuhan yang dilakukan sememangnya tidak bertamadun, tidak berhati perut dan langsung tidak boleh diterima walau dengan apa alasan sekali pun.
Secara peribadi, kami menyanjung tinggi kejayaan Perdana Menteri, DS Najib berdiplomasi secara senyap dengan ketua puak pemisah, Alexander Borodai sehingga berjaya mendapatkan kotak hitam dan mayat serta membolehkan pihak penyiasat antarabangsa memasuki kawasan nahas. Tahniah PM!
Fikirkanlah secara saksama - demikianlah natijahnya jika memilih cara permusuhan dan persengketaan. Termasuklah dalam realiti kehidupan seharian.
Banyak buruk dari baiknya. Jadi, usahlah kita bermusuhan dan bersengketa kerana kesannya amat pedih sekali. Setiap perselisihan, usahakan perdamaian dan pemuafakatan dengan jalan perbincangan kerana itulah kaedah yang terbaik. Lebih-lebih lagi dalam setiap isu dalaman negara yang melangkaui sempadan bangsa dan agama.
Alangkah nikmatnya hidup ini jika persekitaran kita sentiasa aman dan nyaman. Apatah lagi jika jiwa sentiasa disaluti iman dan Islam. Seseungguhnya Islam itu agama perdamaian.

No comments:
Post a Comment