Hari ini, telah lebih 10 hari kita digemparkan dengan bedilan senjata bertali arus; udara dan darat ke atas bumi Gaza oleh penjajah Zionis Israel. Sehingga kini lebih 200 rakyat Palestin telah pun syahid dan hampir 2,000 orang pula mengalami kecederaan.
Zionis Israel memang celaka. Apatah lagi tindakan tidak berperikemanusiaaan ini dilakukan di bulan Ramadhan nan mulia ini.
Kegilaan, kebiadapan dan kekejaman Israel LaknatuLlah ini benar-benar menyiat robek hati sanubari setiap umat Islam sedunia yang cintakan ukhuwah Islamiah sejagat. Ribuan foto dan video yang luas tersebar membuktikan segalanya.

Bagi yang mengaku Islam tetapi tidak merasa apa-apa, entahlah nak kata apa.... Namun ALLAH SWT mengherdik golongan ini sebagai musuh-musuh ALLAH. Apakah mereka ini munafik namanya? Ingatlah orang-orang munafik tempatnya di Jahanam, aras terbawah dalam neraka. NauzubiLlahiminzaalik.
Mengingatkan kesengsaraan demi kesengsaraan yang dilalui oleh rakyat Palestin, hati ini sentiasa merasa pedih dan sedih yang teramat sangat. Hancur luluh hati dibuatnya. Sebak dada mengenangkan penderitaan yang belum tentu bila berakhirnya. Tidak mampu untuk diluahkan dengan kata-kata mahupun tulisan.
Seikhlas hati, marilah kita sama-sama berkorban semampu mungkin bagi membantu saudara-saudara kita di Gaza. Inilah salah satu kewajiban kita sepertimana yang ditekankan oleh kekasih kita, RasuluLlah SAW di dalam hadis di bawah. Tambahan pula di bulan nan mulia, penuh barakah ini.
Para sekutu Israel hanya tersenyum senang. Tiada apa yang dilakukan. PBB langsung tidak berfungsi. Lebih malang lagi negara-negara Arab di sekitarnya bagai dicucuk hidung. Jika ada pun sekadar mengutuk dan mengecam di media massa sahaja. Yang lantang pun hanya Turki. Apatah lagi jika nak diharapkan kepada OIC (Pertubuhan Negara-negara Islam). Yang tinggal hanyalah Oh! I See... (OIC).

RasuluLlah SAW pernah bersabda, "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya sepertimana ia mengasihi dirinya sendiri" (Riwayat Bukhari dan Muslim)Punca yang berlaku ini atas sebab keangkuhan dan kezaliman Yahudi Zionis Israel yang tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka telah pun dimurkai dan dilaknat oleh ALLAH SWT atas kedurjanaan mereka membunuh nabi-nabi terdahulu. Maka umat Nabi Muhammad SAW yang telah diperakui oleh ALLAH SWT menjadi galang ganti pembalasan dendam mereka.
Para sekutu Israel hanya tersenyum senang. Tiada apa yang dilakukan. PBB langsung tidak berfungsi. Lebih malang lagi negara-negara Arab di sekitarnya bagai dicucuk hidung. Jika ada pun sekadar mengutuk dan mengecam di media massa sahaja. Yang lantang pun hanya Turki. Apatah lagi jika nak diharapkan kepada OIC (Pertubuhan Negara-negara Islam). Yang tinggal hanyalah Oh! I See... (OIC).
Sekarang kita saksikan episod keganasan Zionis Israel di Palestin-Gaza. Namun jangan lupa umat Islam di negara-negara lain; antaranya di Syria, Mesir, Chechnya, Nigeria, Iraq, Afghanistan, Burma, Pattani (malah banyak lagi) yang juga terus terusan dikeronyok oleh para penentang dan pemerintah.
Malang sungguh malang sekali. Umat Islam terus terusan tertindas di tanah air mereka sendiri. Bagi kita yang lemah ini masih ada senjata lebih ampuh bagi membantu saudara-saudara kita di sana iaitu DOA. Setiap masa, usah lupa bermunajat kepada ALLAH SWT agar diberikan pertolongan ke atas umat Islam dan agama Islam tercinta ini.
Ya ALLAH, Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa. Bantulah Islam dan umat Islam. Hancurkanlah para penentang Islam dan sekutu-sekutunya. Tegakkanlah keindahan dan keadilan Islam di muka bumiMU ini. Ameen.
No comments:
Post a Comment