Balai Cerap Teluk Kemang letaknya di hadapan Klana Beach Resort Port Dickson (KBRPD), di sebuah tanjung yang mempunyai pandangan ufuk barat yang luas, berkeluasan kira-kira 3 ekar menghadap Selat Melaka. Ianya diuruskan secara bersama antara Jabatan Mufti Negeri Sembilan (MAINS) dan Universiti Malaya.
Balai cerap ini mula beroperasi sekitar tahun 1970an dan amat terkenal sebagai lokasi utama menentukan puasa Ramadhan dan tibanya Eidil Fitri setiap tahun. Itu rutin tahunan. Akan tetapi fungsi balai cerap ini lebih luas lagi yakni melakukan pemerhatian, kajian dan merekodkan setiap perkara berkaitan dunia astronomi/ falak yang berlaku setiap hari.
Para pengunjung amat dialu-alukan untuk berkunjung ke balai cerap ini. Buat masa ini ianya hanya dibuka di sebelah malam. Sedikit bayaran dikenakan untuk pelawat luar. Manakala bagi penginap di KBRPD ianya boleh disekalikan dengan pakej penginapan.
Di balai cerap ini terdapat Galeri Astronomi, Bank Data Astronomi, Mini Teater dan Anjung Tinjau cum Pusat Sumber yang dilengkapi 2 binokular bagi melihat kawasan sekitar serta bahagian menara yang dikhususkan kepada aktiviti pencerapan angkasa.
Bagi kami, tarikan utama ke balai cerap ini adalah kerja-kerja yang dilakukan di bahagian menara (Bilik Operasi) yang dilingkungi kubah berdiameter 5 meter. Di sini terdapatnya sebuah teleskop gergasi bersaiz 24 inci yang dilekatkan kepada sebatang tiang konkrit besar yang dipasak terus ke tanah - dipercayai sangat kukuh dan teguh.
Menariknya, tiang ini berdiri sendiri, langsung tidak bersentuhan dengan bangunan balai cerap. Tujuannya mengelak daripada turut terkesan sekiranya sebarang kemungkinan terjadi pada struktur bangunan. Malah bangunan 6 tingkat (hingga menara) ini tidak disediakan lif bagi menghindarkan gangguan gegaran kepada pengoperasian teleskop. Jadi, kuatkan semangat dan perlahan-perlahan menapak naik. Insya ALLAH sampai juga akhirnya.
AlhamduliLlah,
rombongan kami sempat berada di Bilik Operasi ini. Akan tetapi hanya
beberapa orang terawal sahaja yang bertuah dapat melihat permukaan bulan
yang dipenuhi kawah-kawah (kesan jatuhan komet dan mateor). Selebihnya
hampa kerana bulan dilindungi awan walaupun lebih setengah jam menunggu.
Namun kehampaan sedikit terubat apabila satu-satunya petugas astronomi, En. Muzammil mula memberi penerangan sambil menayangkan gambar-gambar astrofotografi yang telah diambil; antaranya bulan, beberapa buah planet, milkway, star trails dan nebula.
Jika ditanyakan kepada kami, kami amat mengalu-alukan kunjungan ke balai cerap ini. Banyak hal berkaitan astronomi/ falak dapat dipelajari dan diselami. Sesuatu ilmu yang dianggap susah dan kompleks, sebenarnya amat mudah difahami kiranya didedahkan secara santai dan bermaklumat. Malah menarik hati untuk mengetahuinya secara lebih terperinci. Sememangnya ilmu ALLAH SWT itu tiada penghujungnya.
Jika ingin lihat beberapa keping foto yang sempat diambil, bolehlah selak Album Foto Kami di kiri blog atau klik di sini untuk terus akses ke album.
Insya ALLAH kami akan datang lagi di lain ketika bersama ahli keluarga yang lain. Moga dipermudahkan. Ameen.
Balai Cerap berlatarkan suasana petang |
Para pengunjung amat dialu-alukan untuk berkunjung ke balai cerap ini. Buat masa ini ianya hanya dibuka di sebelah malam. Sedikit bayaran dikenakan untuk pelawat luar. Manakala bagi penginap di KBRPD ianya boleh disekalikan dengan pakej penginapan.
Di balai cerap ini terdapat Galeri Astronomi, Bank Data Astronomi, Mini Teater dan Anjung Tinjau cum Pusat Sumber yang dilengkapi 2 binokular bagi melihat kawasan sekitar serta bahagian menara yang dikhususkan kepada aktiviti pencerapan angkasa.
Bagi kami, tarikan utama ke balai cerap ini adalah kerja-kerja yang dilakukan di bahagian menara (Bilik Operasi) yang dilingkungi kubah berdiameter 5 meter. Di sini terdapatnya sebuah teleskop gergasi bersaiz 24 inci yang dilekatkan kepada sebatang tiang konkrit besar yang dipasak terus ke tanah - dipercayai sangat kukuh dan teguh.
Menariknya, tiang ini berdiri sendiri, langsung tidak bersentuhan dengan bangunan balai cerap. Tujuannya mengelak daripada turut terkesan sekiranya sebarang kemungkinan terjadi pada struktur bangunan. Malah bangunan 6 tingkat (hingga menara) ini tidak disediakan lif bagi menghindarkan gangguan gegaran kepada pengoperasian teleskop. Jadi, kuatkan semangat dan perlahan-perlahan menapak naik. Insya ALLAH sampai juga akhirnya.
Tentang teleskop - ianya ditempah khas dari Syarikat Optical Guidance System (OGS) di New York di mana ia mampu mencerap anak bulan sehingga 0 darjah. Malah kebanyakan planet, bintang
dan fenomena alam angkasa dapat dicerap dengan baik. Pergerakan kubah
dan teleskop pula dikawal oleh sistem komputer yang setaraf dengan KITT
PEAK National Observatory Lab di Amerika Syarikat.
Teleskop yang berharga sekitar RM1.8 juta ini difahamkan tercanggih di Asia Tenggara dan terbesar di Malaysia (nota: di hampir setiap negeri ada balai cerap tersendiri).
Teleskop yang berharga sekitar RM1.8 juta ini difahamkan tercanggih di Asia Tenggara dan terbesar di Malaysia (nota: di hampir setiap negeri ada balai cerap tersendiri).
Di
Bilik Operasi, setiap pengunjung berpeluang melihat bulan, planet,
bintang dan lain-lain fenomena alam menggunakan teleskop gergasi ini.
Itu pun bergantung kepada suasana alam sekitar. Jika awan tebal
menyelubungi alam, pasti tiada apa yang dapat dilihat. Lebih parah lagi
jika cuaca kurang baik, terpaksalah kubah yang terbuka ditutup.
Keadaan bulan yang mulai dilitupi awan |
Namun kehampaan sedikit terubat apabila satu-satunya petugas astronomi, En. Muzammil mula memberi penerangan sambil menayangkan gambar-gambar astrofotografi yang telah diambil; antaranya bulan, beberapa buah planet, milkway, star trails dan nebula.
Pada suatu ketika, kami diam tidak terkata apabila En. Muzammil menimbulkan persoalan; di manakah kita berbanding keluasan galaksi yang dizoom-in
sehingga timbul galaksi bima sakti... Dan di mana pula langit pertama
ciptaan ALLAH SWT? SubhanaLlah... betapa kerdilnya diri di sisi ALLAH SWT.
Sebahagian koleksi menarik di galeri |
Jika ingin lihat beberapa keping foto yang sempat diambil, bolehlah selak Album Foto Kami di kiri blog atau klik di sini untuk terus akses ke album.
Insya ALLAH kami akan datang lagi di lain ketika bersama ahli keluarga yang lain. Moga dipermudahkan. Ameen.
1 comment:
assalamualaikum, nak tahu berapa harga nak masuk balai cerap ni?
Post a Comment