Terus terang, saya cepat terasa @ sensitif apabila menyentuh soal pembaziran. Didikan ayahanda ketika kecil amat berbekas di hati. Walaupun adakala cara didikannya tampak kasar dan tidak masuk akal tetapi mesej yang ingin ditanam adalah jelas - 'berjimatlah, usah membazir'.
Mesej ini jugalah yang sentiasa diterapkan kepada anak-anak dan ahli keluarga yang lain terutama dalam soal perbelanjaan harian, pengunaan elektrik, air dan telefon. Mana-mana keperluan, gunakanlah sebaik mungkin dan jika tidak memerlukannya lagi, pastikan tiada pembaziran berlaku.
Justeru itu tidak hairanlah jiwa ini terasa amat sakit bercampur geram dan marah apabila Laporan Ketua Audit Negara 2012 dipaparkan kepada umum. Terlalu banyak pembaziran wang di dalam kerajaan - persekutuan dan negeri.
Lebih menyedihkan ianya melibatkan perbelanjaan yang amat tidak munasabah dan tidak masuk akal - berganda-ganda tingginya dari harga pasaran. Peningkatan kos projek, kelemahan pengurusan, salah laku pengendalian dan bermacam-macam sebab-musabab menyumbang kepada pembaziran yang tidak sepatutnya berlaku.
Itupun hanya sebahagian kes yang sempat diaudit, selebihnya belum pasti keadaannya. Malah begitulah keadaan laporan audit bagi tahun-tahun sebelum ini. Seolah-olah langsung tiada pengajaran dan usaha diambil untuk memastikan masalah yang sama daripada berulang.
Saya tidak ingin mengulas panjang kerana masing-masing telah sedia maklum. Cuma sekadar melampiaskan rasa gusar di hati dengan segala macam kecuaian, pemborosan dan ketirisan dalam menguruskan kewangan negara mengakibatkan berbillion-billion ringgit mengalirkan bagaikan air tetapi hasilnya amat mengecewakan.
Sedarlah... dana berkenaan bukannya milik individu atau kumpulan tertentu tetapi milik kita semua, rakyat jelata yang membayar cukai. Mereka hanya diamanahkan untuk menguruskannya.
Wahai, para penjawat awam sehinggalah pak menteri... ingatlah bahawa amanah yang diberikan pasti akan dipersoalkan oleh ALLAH SWT ketika berkumpul di Padang Mahsyar nanti. Mampukah kita menjawabnya di saat mulut terkunci mati sedangkan segala anggota menjadi saksi. Secanggih manapun undang-undang yang dikuatkuasakan jika tiada iman di jiwa, tiada maknanya. Namun jika hati disaluti iman yang kental, tidak perlu kepada undang-undang untuk mengawalnya, Inshaa ALLAH segalanya terpelihara.
Jadi, berhemah dan jujurlah dalam melaksanakan setiap amanah. Moga kita semua sentiasa dirahmati olehNYA. Ameen.

No comments:
Post a Comment