Sunday, March 20, 2011

Sepupu Sepapat

Mohd Wafi Rayyan. Itulah nama 'orang baru' dalam keluarga Pisal-Fairuz yang dilahirkan pada 5/3/2011 baru-baru ini. Kini dalam keluarga kami, ada 2 orang anak saudara bernama Wafi. Seorang lagi anak kepada adik saya yang menetap di Kuala Terengganu iaitu Suhaila.

Selepas seminggu bersalin, Wafi berserta ibu dan kakak-kakaknya; Hawa dan Karimah dibawa oleh Emak dan Abah pulang ke Hulu Kelang dari rumah mereka di Kulim, Kedah. Telah lama emak-abah berhasrat untuk menjaga cucu ke-14 mereka ini. Tercapai juga hajat di hati.

Anak-anak kami begitu seronok sekali apabila ada baby di rumah. Imran dan Solehahlah yang paling teruja. Kalau boleh setiap masa nak ditenung, diusap dan dipangkunya. Sememangnya mereka amat sukakan 'budak kecil'. Apatah lagi yang ada pertalian darah dengan mereka.

Sebelum ini Dahlia Az-Zahra, anak Pak Tam-Mak Tam yang tinggal di Putrajaya sentiasa dirindui, kini telah ada pengganti sementara. Namun Zahra masih diingati. Jika ketemu Pak Tam mahupun Mak Tam tanpa Zahra bersama, soalannya masih sama, "Bila Zahra nak datang?"

Karimah yang sebaya dengan Hanisah dan Solehah kini ada di rumah kami. Ke mana sahaja mereka bersama. Tambahan pula telah lama tidak bersua muka. Tunggulah bila anak-anak Fahimey-Eusni; Ainul, Aiin, Arif dan Adam pulang dari Sydney pada hujung minggu hadapan. Bayangkanlah 14 hero dan heroin berjumpa setelah lama saling tidak bertemu.

Seronok melihat hubungan anak-anak sesama sepupu sepapat mereka yang begitu akrab.

2 comments:

JHaZKiTaRo said...

salam kenal.. rajin2, ziarahlah blog hamba (AKU SEBUTIR PASIR) kalau nak baca pengalaman hamba travelling ke 45 buah negara.. :)

ropidi 'n laili said...

Salam perkenalan.

Aku Sebutir Pasir amat menarik. Banyak info yang berguna.

Bertuah Sdr dapat menjelajah ke seluruh pelusuk dunia.