Saban tahun inilah yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang ada kaitan dengan buku. Saat untuk berpesta dengan pelbagai genre bahan bacaan. Jutaan buku-kitab-majalah-makalah dan pelbagai jenis bahan penerbitan bertebaran di merata ceruk, menanti untuk dihabiskan.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ini dijadualkan berlangsung selama 11 hari, daripada 24 April - 04 Mei, 2014 yang dibuka secara PERCUMA dari jam 10:00 pagi - 09:00 malam. Difahamkan terdapat 918 gerai/booth dengan 214 pempamer dalam dan luar negara.
Bagi peminat buku, setiap kali pesta buku, potongan harga yang ditawarkan benar-benar meruntun jiwa. Semua buku nampak best, kalau boleh semuanya nak dibawa pulang. Gelap mata dibuatnya. Tak sedar bahu dah sengget sebelah. Jalan pun makin membongkok. Walaupun penat tetapi masih bersemangat.
Menariknya kali ini diadakan ruangan khusus berkonsepkan "Dunia Novel dan Komik" bertempat di Dewan Merdeka. Apa istimewanya? Entah... nak tahu kena pergi jenguk! Lebih-lebih lagi kepada kaki novel dan komik.

Sebahagian hasil tuaian PBAKL 2013 |
Bagi kami sekeluarga, setiap tahun kami tidak pernah melepaskan peluang keemasan ini. Walaupun banyak diadakan pesta buku berkala di merata tempat tetapi aura PBAKL tidak dapat menandinginya. Rasa terujanya amat berbeza sekali.
Apakan tidak, inilah masanya kesemua para penerbit tempatan dan penerbit tersohor antarabangsa berada di bawah satu bumbung mempromosikan bahan penerbitan masing-masing. Maka bagi para pembaca pula lebih memudahkan mereka untuk membuat perbandingan dan pembelian. Cuma bajet kena kembung sedikit bagi memuaskan nafsu memiliki bahan bacaan yang dihajati.

Jika sebelum ini, setiap kali PBAKL berlangsung, sayalah antara pengunjung terawal, nampaknya pada tahun ini saya terpaksa lewatkan sedikit kunjungan kerana ada urusan keluarga di Terengganu. Tidak mengapalah, Inshaa ALLAH saya akan sampai juga. Biar lambat asalkan dapat.
Jom kita gi Pesta Buku!
No comments:
Post a Comment