Dua hari yang lepas, selepas hampir 18 hari kehilangan pesawat MAS penerbangan MH370 yang menimbulkan pelbagai persoalan dan harapan, akhirnya MH370 disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi, yakni di barat Perth, Australia.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pesawat-mh370-disahkan-terhempas-di-kawasan-selatan-lautan-hindi-32473?cp
Sebagai insan yang beriman kepada qadha' dan qadarNYA, musibah ini dapat diterima penuh pasrah. Justeru itulah kita dianjurkan untuk mengucapkan اِنَّا ِللهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ (Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali). Inshaa Allah kita akan dikurniakan ketenangan jiwa olehNYA.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu
dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekitar jam 10:00 malam 24 Mac 2014 lalu.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pesawat-mh370-disahkan-terhempas-di-kawasan-selatan-lautan-hindi-32473?cp
Menurut Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan
kepada maklumat daripada data satelit Inmarsat milik
Britain. Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom
(AAIB) mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur
selatan iaitu isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat MH370.
"Ini adalah kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang mungkin. Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Perdana Menteri.
Inilah berita yang amat memilukan hati. Selama ini ramai yang masih menaruh harapan dan mengharapkan satu keajaiban yang akan berlaku. Namun segala-galanya telah ditentukan ALLAH SWT.
Pelbagai usaha telah dilakukan dengan dibantu oleh pasukan pencari dari puluhan negara besar dunia. Kecanggihan teknologi dan peralatan nyata tidak dapat menandingi kekuasaan ALLAH SWT. Inilah realiti yang sewajarnya diinsafi. Betapa kerdilnya kita di sisi ALLAH SWT."Ini adalah kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang mungkin. Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Perdana Menteri.
Inilah berita yang amat memilukan hati. Selama ini ramai yang masih menaruh harapan dan mengharapkan satu keajaiban yang akan berlaku. Namun segala-galanya telah ditentukan ALLAH SWT.
Sebagai insan yang beriman kepada qadha' dan qadarNYA, musibah ini dapat diterima penuh pasrah. Justeru itulah kita dianjurkan untuk mengucapkan اِنَّا ِللهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ (Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali). Inshaa Allah kita akan dikurniakan ketenangan jiwa olehNYA.
Marilah sama-sama kita berdoa ke hadrat Illahi moga ALLAH mengampuni segala dosa-dosa mangsa dan diterima segala amalan mereka. Dan untuk kita sendiri usah lupa sentiasa mendoakan moga pengakhiran hidup kita dalam keadaan yang baik dan diredhai ALLAH SWT. Ameen.
Juga marilah kita meneruskan doa kita moga segala usaha pencarian dan pengumpulan serpihan pesawat MH370 berjalan lancar. Begitu juga pencarian kotak hitam dipermudahkan oleh ALLAH SWT.
Setiap orang masih lagi tertanya-tanya, apakah punca tragedi sedih di pagi 8 Mac lalu. Moga ianya terungkai tidak berapa lama lagi.
No comments:
Post a Comment