Hari ini masuk hari ke-5 hilangnya pesawat MAS-MH370 (Boeing 777-200) bersama 227 orang penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 orang kru. Kali terakhir ianya dikesan melalui radar pada jam 1:30 pagi Sabtu, selepas 49 minit berlepas dari KLIA, Sepang menuju destinasi Beijing, China pada ketinggian 10,668 meter (35,000 kaki) dan 120 batu nautika di timur Kota Bharu, bersempadan dengan perairan Vietnam di Laut China Selatan.
Kehilangan MH370 benar-benar satu misteri. Tiada sebarang isyarat kecemasan diterima sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan. Lebih menghairankan, kecanggihan peralatan dan ketinggian teknologi yang digunakan oleh pelbagai agensi dalam dan luar negara yang membantu dalam pencarian masih juga belum dapat menemukan sebarang petunjuk di manakah pesawat berkenaan. Secara tersirat, terserlah akan kehebatan ALLAH SWT.
Dengan penantian yang tiada noktahnya ini, maka timbul pelbagai spekulasi yang tidak menentu seperti angkara pengganas, tindakan sabotaj, kesilapan juruterbang, kerosakan sistem penerbangan, letupan luar jangka, pertukaran arah dan bermacam andaian lagi sehinggalah dikatakankan mungkin pesawat berkenaan termasuk ke alam mistik. Entahlah, apabila terlalu ramai 'pakar' yang merasakan dirinya 'pandai', maka begitulah jadinya...
Namun segalanya tidaklah mustahil kerana yakinlah ada satu kuasa yang bernama ALLAH SWT yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Segala-galanya adalah milik ALLAH SWT. Maka sewajarnyalah kita kembali kepada ALLAH SWT dengan memohon pertolongan dan bantuan daripadaNYA. Inshaa ALLAH akan ditunjukkan jalan olehNYA.
Maka amat bertepatan sekali lontaran cadangan daripada bekas juruterbang MAS yang pernah mengendalikan MH370 tersebut, Kapten Noruddin Abd Majid ketika diminta pandangannya apa yang sepatutnya dilakukan, katanya:
Usahlah dilayan sebarang spekulasi yang belum tentu kebenarannya. Tersilap bicara dikhuatiri menempah dosa. Biarkanlah pihak berkuasa dengan pelbagai usaha yang digembleng dalam usaha pencarian MH370 tersebut. Ikhtiar kita adalah dengan bersolat hajat dan berdoa kepada ALLAH SWT. Moga masih ada sinar di sebalik tragedi yang berlaku.

"Doa daripada orang-orang soleh yang dekat dengan ALLAH dan juga keluarga kerana mereka sedang beremosi. ALLAH melihatnya"Dengan kata lain, sebagai seorang Muslim yang beriman pergunakanlah senjata ampuh yang kita miliki yakni DOA. Yakinlah dengan seyakin-yakinnya bahawa ALLAH SWT amat pemurah dalam mengabulkan setiap doa daripada hamba-hambaNya yang mengharap lebih-lebih lagi daripada mereka yang hampir dengan ALLAH SWT seperti para pencinta ibadah dan ahli keluarga mangsa.
Usahlah dilayan sebarang spekulasi yang belum tentu kebenarannya. Tersilap bicara dikhuatiri menempah dosa. Biarkanlah pihak berkuasa dengan pelbagai usaha yang digembleng dalam usaha pencarian MH370 tersebut. Ikhtiar kita adalah dengan bersolat hajat dan berdoa kepada ALLAH SWT. Moga masih ada sinar di sebalik tragedi yang berlaku.
"Ya ALLAH Ya Tuhan kami. KepadaMU kami memohon dan kepadaMU kami mengharap kerana ENGKAU sahaja Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Ya ALLAH, ketemukanlah mereka dengan pesawat MH370 yang hilang itu. Jika semuanya selamat, kepadaMUlah yang selayaknya kami bersyukur. Tiada yang mustahil bagiMU Ya ALLAH kerana segalanya di bawah keagunganMU yang tiada bertepi.
Ameen... ameen... ameen... Ya Rabbal 'alameen."
No comments:
Post a Comment