Thursday, January 16, 2014

Iddin Ditawarkan MADPP

Semalam, berdua dengan anak sulung, Izzuddin; kami ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang. Iddin mendapat 'tawaran mengejut' daripada MARA untuk mengikuti MARA American Degree Preparatory Program (MADPP) bertempat di KKTM Ledang dan semalam adalah hari pendaftarannya.

AlhamduliLlah... Iddin adalah antara 60 pelajar yang terpilih daripada lebih 200 pelajar yang ditemuduga pada pertengahan Disember lalu. TAHNIAH Iddin.


Perjalanan selama 2 jam dari Ulu Kelang sejauh 180 km melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban lancar. AlhamduliLlah kami tiba di KKTM sekitar jam 9:00 pagi.

Secara umum, KKTM yang terletak di Mukim Serom 4 & 5 dalam daerah Muar, Johor ini berkeluasan kira-kira 72 ekar. Ianya mula beroperasi pada bulan Jun 2010 dengan memberi penekanan kepada kursus-kursus berkaitan kejuruteraan bio perubatan.

MADPP adalah salah satu program baru tajaan MARA di bawah Skim Pelajar Cemerlang (SPC) berdasarkan skor TPNG > 3.6 + Peperiksaan Percubaan. Jangkamasa kursusnya selama 6 bulan di tanah air sebelum memasuki kolej komuniti dan universiti pilihan MARA di USA.
Sesi Pendaftaran MADPP @ KKTM Ledang
Dikatakan 'tawaran mengejut' kerana tawarannya diterima sehari sebelumnya. Itupun tanpa surat tawaran, hanya makluman daripada laman web KKTM Ledang setelah dimaklumkan oleh teman sekelas Iddin ketika di MRSM Serting dahulu. Ketika sesi temuduga dahulu pun sama. Terima kasih Ridhuan. 

Maka banyak kekeliruan dan kemusykilan yang timbul. Malah pihak penyelaras program sendiri pun tidak mendapat maklumat yang jelas. Terbukti ketika sesi taklimat dan soal jawab bersama ibu bapa. Diharap pihak MARA mengambil iktibar daripadanya. Janganlah 'kelam-kabut' ini berlaku lagi selepas ini.
 
Setinggi-tinggi kesyukuran kepada ALLAH SWT... Apa yang dicita-citakan oleh Iddin akhirnya dimakbulkan oleh ALLAH SWT.  Itulah antara doa yang dipanjatkan kehadrat Illahi sewaktu berada di hadapan BaituLlahil Haram beberapa hari lalu (Iddin baru balik umrah).

Nasihat kami:
"Iddin... Bersyukurlah dengan apa yang diperolehi. Tumpukan sepenuhnya terhadap pengajian di samping mempertingkatkan hubungan dengan ALLAH SWT. Ingatlah, setiap kurniaan adalah dengan izinNYA. Setiap yang berlaku Inshaa ALLAH ada hikmah di sebaliknya. Moga Iddin sentiasa dilindungi dan dianugerahkan kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Ameen,"

10 comments:

Anonymous said...

salam saya ingin tahu bidang apa yg anak pakcik ambil di kktm ledang ni untuk MADPP ni??

Anonymous said...

Salam,

Saya pun nak tanya benda yang sama...adakah bidang Sains dan Technology?

Anonymous said...

STEM (science, technology, engineering and mathematics)

Unknown said...

salam. time interview tu dia ad tnye tk kte nk amik course ape?

Unknown said...

Salam. Boleh bagi Tips Apa yang dia tanya dalam temu duga?

Unknown said...

Wsalam. Interview kali ini tidak pasti bagaimana prosesur die. Elok bersedia sekiranye ditanye

Unknown said...

Wsalam. Interview tahun lepas berdasarkan case study. Ade soalan yg dibincang dalam group sebelum dibentang kpd barisan panel. Interview kali tidak pasti cmne. Tips utk interview just be yourself :D

Unknown said...

Assalamualaikum,
boleh tak bagitau camane dapat keputusan MADPP tu?

Anonymous said...

tpng masa dkt mrsm berapa?

Unknown said...

Batch pertama syarat minimum tpng 3.85