Suatu berita yang amat menyedihkan. Sebak dada mengenangkannya.
Pagi tadi dikhabarkan Tentera Mesir yang diketuai oleh panglimanya, Andel Fattah al-Sisi telah merampas kuasa Presiden Mesir, Dr. Mohamed Mursi sekaligus mengeluarkan deklarasi menggantung perlembagaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour sebagai
ketua interim negara.
Mohamed Mursi yang telah dipilih secara demokrasi telah dikenakan tahanan tentera di rumah. Diberitakan ramai di kalangan penyokong kanannya telah pun ditahan. Lebih menyedihkan, sehingga kini puluhan penyokong Mursi telah terbunuh ketika melakukan bantahan. Malah semua wartawan dan badan penyiaran telah dihalang daripada melaporkan berita berkaitan terutama melibatkan penyokong Mursi.
Dikhuatiri pertembungan antara kedua-dua penyokong ini; Islam dan sekular boleh mencetuskan persengketaan berdarah berpanjangan yang boleh menyebabkan campurtangan ketenteraan dari luar. Moga-moga ianya tidak berlaku.

Demikianlah ketentuan Illahi - setiap yang bernama Islam pasti ada yang menentangnya. Lihat sahaja di Mesir. Setelah parti berteraskan Islam memenangi pilihanraya secara adil dan telus menundukkan fahaman sekular yang telah mendarah daging lebih 50 tahun, ianya telah ditentang hebat oleh puak-puak sekular ini.
Akhirnya dengan campur tangan tentera, kerajaan pimpinan Mursi telah digulingkan. Suatu tindakan yang tidak sewajarnya dilakukan. Lebih-lebih lagi mengenangkan dasar-dasar pentadbiran Islam yang cuba diterapkan oleh Mursi, menggantikan sistem lama yang menyimpang daripada Islam.
Inilah juga yang berlaku di Algeria dahulu ketika Abbas Madani memenangi pilihanraya kerusi Presiden. Amat dibimbangi perkara seumpamanya boleh berlaku juga di Turki yang turut sama mendapat tentangan pihak-pihak sekular.

Baik buruk semuanya di dalam perancanganNYA. Insya ALLAH ada hikmah dan iktibar disebaliknya. Marilah bersama kita merenung dan memikirkannya secara saksama berlandaskan kepada roh Islami.
Moga para pejuang Islam di mana sahaja di muka bumi ini dikurniakan kemenangan atas setiap kebatilan yang ingin ditegakkan. Ameen.

No comments:
Post a Comment