Thursday, July 22, 2010

Tempias Musim Durian

Dengar khabar kini musim durian di Malaysia. Alahai... sedapnya. Teringat akan bermacam jenis durian yang amat menyelerakan; antaranya durian kunyit, tembaga, kampung dan pelbagai jenis durian kacukan lagi.

Setiap kali tibanya musim raja buah ini, pasti kami tidak lepaskan peluang memborongnya. Makan sepuas-puasnya. Satu rumah berbau durian.
Jika ada rezeki, pokok durian di sebelah rumah mertua di Kg. Bukit Bangkong, Selangor akan mengeluarkan hasilnya. Dapatlah kami merasa buah dari pokok sendiri.

Ketika pulang ke Terengganu pun tidak kurang seronoknya apabila dijamu dengan durian yang terbaik. Dibeli oleh ayah semata-mata untuk kami sekeluarga terutama untuk cucu-cucunya.

Itu ketika di Malaysia. Di Melbourne ini kami terpaksa menahan keinginan. Bukannya tiada...ada, malah amat mudah untuk diperolehi tetapi harganya mahal, antara AUD 4.00 – 6.00 sekilogram. Tak mengapalah.. tunggulah ketika pulang ke tanah air nanti.

Namun, sesekali dapatlah juga kami merasai keenakan durian apabila diadakan majlis keraian. Kebiasaannya akan ada rakan-rakan yang menyediakan juadah berasaskan durian samada serawa durian, masak tempoyak ataupun disalutkan dengan ikan bakar.

Di sini, durian biasanya dibawa masuk dari Thailand dan juga Malaysia. Buahnya tidak berbau tetapi rasanya sama sahaja. Boleh didapati dalam bentuk buah sebiji ataupun paket samada di kedai buah, kedai barangan Asia mahupun di pasaraya tertentu.

Walaupun buah durian ini ada di Australia tetapi penggemar utamanya adalah orang-orang Asia keturunan Siam, Vietnam, Cambodia dan juga Melayu. Hanya segelintir sahaja orang kulit putih yang menyukainya terutama yang pernah merasainya.

Emm... raja buah hanya gah di negara sendiri tetapi tidak di negara orang. Begitulah lumrahnya.

3 comments:

judinmat said...

Memang sekarang musim durian di Kedah, Perak,kelantan,Trengganu,Kelantan,
Pahang dan Selangor.Di utara perak kita ada durian jenis D 24,Tembaga, mas johor, Tek kha, kunyit, ang he dan kampong.Memang sedap rasanya.Saya suka durian tembaga,Tek kha dan D 24.Rasanya cukup enak.

ropidi 'n laili said...

Emm... memang sedap. Tak sabar rasanya nak pulang ke tanah air...8)

Anonymous said...

Sekarang musim durian diBaling,Kedah sudah bermula bagi tahun 2011.Durian banyak dijual ditepi jalan dari Kupang ke baling.Harga bergantung kepada jenis durian D24 -RM10/kilo.Queen RM5/kilo.Durian kampong RM 2.50/kilo.Kalau lalu di Kawasan baling, ikut jalan lama baru jumpa org jual durian.OK
TK