Monday, September 17, 2012

Pra Haji: LabbaikaLlah...

Detik-detik keberangkatan kami ke Tanah Suci semakin hampir. Insya Allah kami, para bakal jemaah haji penerbangan KT 03 diminta mendaftar di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya pada jam 8:30 pagi pada pagi ini, 17/09/2012.

Difahamkan penerbangan kami akan berlepas kira-kira jam 12:30 tengahari dari KLIA.

Jadi, kami mohon berbanyak-banyak kemaafan daripada semua kiranya terdapat salah dan silap kami selama ini. Mohon doakan moga kami dipermudahkan di sepanjang perjalanan kerja haji kami ini, sentiasa dikurniakan rahmat olehNya dengan kekuatan rohani dan jasmani, kesihatan yang berpanjangan dan kesungguhan dalam mengabdikan diri kepadaNya. Ameen.

Insya Allah jika ada kesempatan kami akan maklumkan perkembangannya dan jika tidak moga kita dipertemukan kembali pada awal November nanti, kiranya masih dipanjangkan usia dan kudrat kami.

Pilu hati untuk meninggalkan anak-anak tapi teruja hati untuk menyahut undanganNya. Segalanya diserahkan kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa dan Maha Penyayang.

Sekali lagi, maafkan kami dan doakan yang terbaik buat kami untuk menggapai impian kami dan juga setiap bakal jemaah haji yakni haji yang mabrur. Ameen... ameen... ameen... Ya Rabbal 'alameen.

2 comments:

Nurhidayah Hashim said...

Salam Tuan Pidi dan Kak Laili sekeluarga, semoga keduanya berjaya menjalankan ibadah haji dengan tenang, kusyu' dan sejahtera. Kami doakan semoga beroleh haji mabrur dan selamat pergi dan selamat kembali. insya allah.

Jumpa lagi.

Hidayah, Fairuz dan Aisyah

Jarinah said...

Syukur Alhamdulillah..semoga semuanya berjalan dengan lancar. Doakan untuk saya juga :)