Friday, April 13, 2012

Catatan Madinah : Perjalanan

Perancangan kami sekeluarga untuk berkunjung ziarah ke Kota RasuluLlah SAW, Madinah al-Munawwarah telah pun lama dibuat. Jika tidak silap, sejak setengah tahun lepas. Dalam mencari-cari agensi pengendali ziarah dan umrah, akhirnya kami memilih Al-Fajr Travel & Tours setelah dicadangkan oleh abah-emak yang pernah mengikuti pakej umrah Al-Fajr kira-kira 2 tahun sebelumnya.

Kami menaiki Penerbangan Malaysia terus ke Lapangan Terbang Madinah dengan pakej RM 4,990/orang selama 11 hari/13 malam. Terdapat penerbangan pilihan pergi-balik transit di Pakistan dengan kadar sekitar RM 4,300/orang tetapi kami bimbang anak-anak tidak tahan letih sepanjang penerbangan.

Beberapa sesi kursus umrah di hujung minggu kami ikuti samada di masjid berdekatan ataupun di premis Al-Fajr di Selayang. Sedikit sebanyak menambah ilmu kami akan kaedah perlaksanaan ibadah umrah dan larangan semasa berihram, yang juga satu kewajiban dalam ibadah haji yang bakal kami laksanakan pada tahun ini. Insya Allah.

Berkumpul di KLIA

Mengikut jadual asal, penerbangan kami ke Madinah adalah pada 30-Mac, 2012 jam 01:35 pagi. Sehari sebelum hari berlepas, kami dimaklumkan penerbangannya ditunda kepada jam 10:45 pagi hari yang sama. Para jemaah diminta berkumpul di hadapan Kaunter K seawal jam 7:00 pagi untuk sesi taklimat dan penyerahan tiket serta pasport.

Kami sekeluarga bersama emak-abah dan Hadi bertolak awal ke Masjid KLIA untuk bersolat Subuh sebelum terus ke KLIA. Terima kasih kepada ipar dan biras; Bakhtiar, Nita-Redzuan dan Fahimey yang menghantar kami.

Ketika taklimat, kami dimaklumkan oleh kakitangan Al-Fajr bahawa tiada mutawwif atau wakil Al-Fajr yang akan mengetuai kami kerana katanya tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Hanya dilantik seorang jemaah sebagai ketua dan setibanya di Madinah dan Mekah, kami akan diuruskan oleh petugas yang dilantik oleh Al-Fajr. Sesuatu yang amat tidak menggembirakan. Dikhuatiri timbul masalah yang tidak dapat ditangani oleh para jemaah atau petugas yang dilantik. Malah itulah yang terjadi ketika di dua Tanah Suci tersebut.

Penerbangan ke Madinah

Penerbangan selama hampir 9 jam ke Madinah lancar. Kesemua penumpang, sekitar 450 orang adalah jemaah Umrah dan Ziarah dari pelbagai syarikat umrah. Rupa-rupanya hampir semua penerbangan umrah-ziarah adalah secara tempahan khas oleh syarikat tertentu yang diagih-agihkan tempat duduknya kepada agensi yang mengendalikan pakej berkenaan.

Menariknya, kesemua pramugari bertugas dimestikan bertudung, berkemeja lengan panjang dan seluar panjang. Secara kasarnya mereka telah menutup aurat tetapi hakikatnya sekadar menutup urat bukannya aurat. Tudungnya pendek, manakala seluarnya sendat dan kemejanya pula ketat dan singkat. Apakah ini yang dikatakan oleh para ulama' iaitu 'berpakaian tetapi telanjang'? NauzubiLlahi minzalik. Malah diperhatikan sebahagian pramugari tampak segan dan kerap menarik-narik hujung baju dan seluar.

Inilah yang perlu diambil perhatian oleh pihak pengurusan MAS, apatah lagi untuk penerbangan ke dua Tanah Suci terutama di musim haji. Apalah salahnya jika dilabuhkan tudung atau dipakai jaket luar berserta bawah baju menutupi pinggul dan seluarnya longgar. Pasti pramugari akan merasa lebih selesa dan terjaga maruah diri mereka. Penumpang pun serupa.

Tiba di Madinah

Kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Madinah sekitar jam 3:00 petang waktu Arab Saudi (jarak masa 5 jam kebelakang dari waktu Malaysia). Rakan-rakan yang pernah turun di Madinah pernah berpesan, setibanya di Madinah tunaikanlah solat dahulu kerana urusan imigresennya memakan masa lama. Itulah yang kami lakukan.

Justify FullAlhamduliLlah sempat kami tunaikan dahulu solat jamak qasar Zohor-Asar sambil melafazkan kesyukuran dapat bertamu di bumi kesayangan RasuluLlah SAW di mana jasad baginda, ahli keluarga dan para sahabat disemadikan. Tanpa disedari, lahir perasaan sebak mengenangkannya.

Sekilas pandang, Lapangan Terbang Madinah tampak kecil sahaja dengan ruangan pemeriksaan imigresen dan kastam yang juga sempit. Malah ruang solatnya dhaif sekali - sekadar bilik kecil beralaskan permaidani kasar. Tempat berwuduknya pula di sinki tandas bersebelahan. Terkilan hati melihatnya, sedangkan Madinah adalah antara tumpuan utama umat Islam seluruh dunia.

Rupa-rupanya projek menaiktaraf kepada lapangan terbang bertaraf dunia sedang giat dijalankan dan Insya Allah projek 3 fasa pembangunan ini akan siap sepenuhnya pada tahun 2019 nanti dengan keupayaan menampung 12 juta penumpang setahun. AlhamduliLlah. Tak perasan pula kami lokasinya...

Ketika mengambil barang di ruangan bagasi dan selepas pemeriksaan kastam, hati-hati dengan para pekerja Bangladesh (berpakaian coklat) yang aktif bergerak meminta upah menolak troli. Usah dilayan, dapatkan troli sendiri atau gunakan beg bertayar. Dalam kelam kabut, kami terkena juga... apa boleh buat, niat sedekah sahajalah...8)

Selama 4 hari 3 malam di Madinah, rombongan kami seramai 47 orang dari Al-Fajr Travel & Tours menginap di Elyas Silver Hotel yang terletak kira-kira 500 meter dari Masjid Nabawi.

Rutin harian kami sekeluarga sama sahaja - meraih sedaya mungkin fadhilat sekali beribadah (solat) di Masjid Nabawi menyamai seribu kali beribadah (solat) di masjid-masjid biasa.

Insya Allah perihal Masjid Nabawi akan disentuh di dalam entri berikutnya.

18 comments:

MuhammadSidqi said...

Assalamualaikum Tuan.

Syukur kerana Tuan dan keluarga diizinkan Allah untuk bermusafir ke Makkah dan Madinah.

Saya berkira-kira untuk pergi umrah Jun depan, dan antara travel agency yg saya pertimbangkan ialah Al-Fajr Travel.

Tapi saya terkejut apabila Tuan kata tiada mutawwif yg mengikuti rombongan.

Boleh saya tahu kesulitan di Tanah Suci kerana tiadanya mutawwif ini?

Mungkin Tuan juga boleh memberi sedikit nasihat untuk saya ke sana, insyaAllah berguna.

Semoga Allah merahmati.

Salam hormat.

Muhammad Sidqi

ropidi 'n laili said...

Waalaikum salam Sdr Sidqi,

Terima kasih. Saya telah emelkan kepada tuan persoalan yang ditimbulkan.

Moga ianya membantu.

Anonymous said...

Salam,

saya bercadang utk menunaikan umrah Feb,2013. berminat nk ikut al-fajr atau andalusia. sebelum membuat keputusan, harap tuan dpt menceritakan kesulitan tiada mutawwif. saya & keluarga baru pertama kali nak ke sana. ni email saya duriankembar@yahoo.com

terima kasih.

maria

Zahara said...

Salam...
Saya bercadang mengikuti al-fajr untuk menunaikan Umrah 2013....berharap saudara dapat kongsi pengalaman saudara....bole email saya di zahara83@gmail.com...jazakallah

Intan Faridah said...

assalamualaikum.
Sy juga brcadang menunaikan umrah dengan al-fajr. sy ada bc entri saudara dimana tiada mutawwif ikut serta yg mana mungkin memberikn sedikit kesulitan especially buat jemaah yg tiada pengalaman di mekah n madinah.

Boleh sy minta pendapat saudara tentang keseluruhan service sykt ini.adakah berpuas hati?

adakah kesulitan lain yg dialami sepanjang di mekah/madinah ? adakah jarak dari hotel ke msjid mengundang kesulitan?

sudi kiranya saudara email pengalaman atau nasihat.tq intan.faridah03@yahoo.com

mizzieyza said...

Assalam.. tuan blh email (h_ieza2002@yahoo.com) kpd sya jg pengalaman tanpa mutawif yg tuan alami..

Terima kasih..

Anonymous said...

Assalammualakum boleh tolong email kpd saya pengalaman tuan disana bersama alfajr ke cardinie02@yahoo.com. Terima kasih.

idazulqarnain said...

saya baru pulang dari umrah pada 8/02/2013. Pergi bersama Andalusia Travel & Tours. Penerbangan ke Jeddah dan diikuti oleh mutawwif dari Malaysia pergi dan pulang. Di Madinah dan Mekah juga ader mutawwif Orang Indonesia yang akan bersama kite selama 13hari saya disana. Begitu juga penerbangan direct ke Madinah pada 11/02/2013, ibu saya bertolak pada tarikh tersebut,juga diikuti oleh mutawwif dari malaysia pergi dan pulang

Anonymous said...

Assalamualaikum bla terbaca blog tuan membuat saya bimbang kerana sy akan ke mekah pada cuti sekolah bulan jun 2013 insyallah melalui al fajr . blh emel kan sy hhamsawi@yahoo.com.my bla ketiadaan mutawwif apabla di sana nanti.

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt..sy telah mnemph umrah bsama al fajr tp xpasti mutawif ade ke x..bleh ke kongsi tip2 dan kesan ketiadaan mutawif..ni emel sy..imisendo4036@gmaill.com..trima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt... setahu saya masalah yg tak de mutawwif tak berlaku... sbb mutawwif selalunya pihak agensi akan sediakan di makkah dan madinah... cuma kes tuan ni tak de ketua rombongan yg ikut dari malaysia je... jadi jngn lah disebbkan kes kecil mcm ni kita nak...!!!!

Anonymous said...

Assalamualaikum... saya merupakan jemaah yg baru pergi dengan pakej Alfajr Travel... ade je wakil dan mutawwif di makkah dan madinah, x de masalah pun...

Anonymous said...

Salam... setahu saya umrah tak sama dngn pakej lain yg tuan/puan salam monash ikut... disana baru sikit Allah uji, dh melenting... malu lah kita dngn Allah dn Rasul

muhd hassan said...

Assalamualaikum, Saya dh pergi dngan banyak travel… semua perkara ni biasa, selalu berlaku kat mana2 travel… setiap benda pasti ada kelebihan dan kelemahan.. sepatutnya kita bersyukur dpat menunaikan ibadah umrah… bnyak lagi Jemaah yg terkandas atas penyelewengan duit mereka dn ada di kalangn mereka ditipu berjuta ringgit oleh individu tertentu…

Anonymous said...

Assalamualaikum... saya bersetuju dngn pndangan Muhd Hassan,semuanya ada kelemahan sebagai manusia biasa... apa lagi di tanah suci... tak baik mengungkit kelemahan2 dlm BLOG.. sbb ianya mendedahkan keaiban diri sendiri.. istighfar lah tuan/puan Salam Monash.

Anonymous said...

Assalamualaikum... saya salah seorang jemaah Alfajr yg pernah menetap di Elyas Silver Hotel... jarak dari Masjid Nabawi hanya 250 Meter... kalau plus shooping memang lebih 500 meter:):)

Anonymous said...

ujian dr Allah berbeza-beza pd setiap hambanya. mungkin kt rasa diri kt betl dan hebat.tp dpt jgk ujian dr allah.cuba kt muhasabah kembali dr kt setiap hari.

aliashraf said...

assalamualaikum.
Sy juga brcadang menunaikan umrah dengan al-fajr. sy ada bc entri saudara dimana tiada mutawwif ikut serta yg mana mungkin memberikn sedikit kesulitan especially buat jemaah yg tiada pengalaman di mekah n madinah.

Boleh sy minta pendapat saudara tentang keseluruhan service sykt ini.adakah berpuas hati?

adakah kesulitan lain yg dialami sepanjang di mekah/madinah ? adakah jarak dari hotel ke msjid mengundang kesulitan?

sudi kiranya saudara email pengalaman atau nasihat di nurul_eman88@yahoo.com.my