Wednesday, September 26, 2007

Kenalan Malaysia

Benarlah kata perumpamaan, jauh berjalan, luas pengalaman, ramai kenalan… Itulah yang kami alami. Di samping dapat melihat tempat orang serta perwatakan komuniti yang mendiaminya, tak secara langsung kita dapat bersua dengan rakyat Malaysia yang menetap di tempat tersebut atau para pelajar yang tinggal di sekitarnya, maka bertambah le kenalan baru kita. Apatah lagi tinggal di perantauan… itulah kawan dan itulah saudara kita, malah itulah juga keluarga kita kiranya ditimpa sebarang kesulitan.

Setakat ini kenalan rapat adalah di kalangan post-graduate students (samada sendiri atau pasangan) yang melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) atau sub-speciality. Dan untuk menyenangkan, dikategorikan mengikut surburb yang diduduki.

Menariknya, tak disangka Laili bersua dengan 2 orang kenalan lamanya, Dr. Norhayati Nordin, Pakar Paediatrik (Psikologi Kanak2) yang tinggal di Ringwood, bersebelahan Dandenong serta Dr. Mariana, juga Pakar Paediatrik dari USM Kubang Krian yang tinggal di Clayton bersama 4 orang anak serta orang gajinya (suaminya orang Pulau Rusa, Terengganu on-off kerana sedang buat sub-speciality di Singapura). Manakala Dr. Nursiah yang sedia diketahui sedang buat sub-speciality di Monash Uni dan tinggal di Clayton juga telah ditemui.


Kenalan Dandenong

Dari kiri; Nizam, Dr. Azizol, Ropidi, Lajiman, Abang Nordin dan Aznan di rumah Dr. Azizol sebelum beliau sekeluarga berangkat pulang ke tanah air
Aznan Che Ahmad, pensyarah USM, dah hampir 3 tahun di sini bersama isteri, Su dan 3 orang anaknya. Beliau dikenali melalui emel beberapa bulan sebelum ke Australia melalui Malaysia Students Dept (MSD) untuk mengaturkan urusan menjemput kami ketika tiba di Melbourne Airport serta mencari rumah tumpangan sementara sebelum dapat rumah sewa. Terima kasih Nan.

Abang Nordin dari Bank Negara dah lebih 2 tahun di sini berserta isterinya, Kak Siti serta 5 orang anaknya. Tengku Rasydan dari Uni Petronas (abangnya, Tengku Shahrir yang kini VP kat Khazanah Nasional adalah kenalan lama sewaktu di MIMOS Berhad) serta isteri, Azura baru 3 bulan di sini.

Wafir dan isterinya, Suharti (pelajar PhD, pensyarah Linguistik dari UPSI) dengan 4 orang anak. Begitu juga dengan Lajiman, juga dari UPSI (kursus sama dengan Suharti) dengan isterinya, Suraya dan 3 orang anak. Kedua keluarga ini pun orang baru di Dandenong. Tak sangka pula kedua pensyarah UPSI ni kenalan Cik Man (bapa saudara sabit Laili).


Kenalan Clayton

Khairuddin, pasangan muda baru kahwin, orang Terengganu. Baru 7 bulan datang bersama isterinya, Noor Azliza, belajar di Monash Uni, pensyarah KUSTEM @ UMT. Beliaulah yang menjemput kami di lapangan terbang bersama Aznan. Dan di rumah Din dan Liza inilah kami menumpang kira-kira 2 minggu sebelum dapat rumah sewa. Kami amat terhutang budi pada mereka berdua. Thanks a lot Din & Liza.

Khairul Anuar (rakan sekerja sewaktu di Malaysia) serta isteri, Raja Azlina (kawan lama, ex-MIMOS), adalah pensyarah UPM, dah 2 tahun lebih di Monash Uni. Bujang 3 sekawan, Norin & the gang tinggal serumah, juga di Clayton. Tak terkecuali Radin dan isteri, Bahiah, pelajar Monash Uni dari USM berserta 3 orang anak tinggal tak jauh dari universiti.


Kenalan Springvale

Dari kiri; Su (isteri Aznan), Suraya (isteri Lajiman), Dr. Radziah (isteri Dr. Azizol), Kak Siti (isteri Abang Nordin), Laili dan ibu Dr. Radziah
Dr. Azizol dari Hospital Putrajaya serta isteri, Dr. Radziah dan 4 orang anaknya dah 9 bulan (buat sub-speciality) sejak awal tahun ini dan telah pun berangkat pulang ke Malaysia 2, 3 hari lepas.

Asmadi @ Eddie dan keluarga juga tinggal di Springvale. Mereka adalah PR dan isterinya adalah tenaga pengajar di sekolah Islam swasta, Minaret College di Springvale. Menariknya Eddie juga dikhabarkan adalah pengedar tunggal Kicap Cap Kipas Udang di Melbourne.

Lain-lain Kenalan

Khaizuran, pensyarah dari UIA dan keluarga di Noble Park dan beberapa orang lagi yang tak berapa pasti di mana tinggalnya kerana sekadar berjumpa di taman ketika diadakan Perjumpaan Post Graduate Students @ South Melbourne baru-baru ini.

Itulah antara kenalan kami sehingga saat ini. Selari dengan masa dan pergerakan manusia yang sentiasa beredar, Insya Allah akan lebih ramai kenalan akan ditemui di kemudian hari. Maka bertambah kukuhlah ukhwah dan silaturahim sesama umat Muhammad SAW.

No comments: