Kami percaya, di sebalik setiap ketentuan ILLAHI, baik ataupun buruk; ada hikmahnya.
Hikmah mahu pun ibrah adalah subjektif, bergantung kepada seseorang individu tersendiri. Cara mana kita menerima atau menolaknya berkait rapat dengan tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepada ALLAH SWT.
Itulah yang ditekankan oleh tok-tok guru apabila menyentuh bab aqidah/ tauhid.
Manek Urai Dalam Sejarah |
Kita baru sahaja digemparkan dengan air bah atau
banjir besar di beberapa negeri di Pantai Timur khususnya di
Kelantan. Beberapa jajahan atau kawasan teruk dilanda terutama di Gua Musang dan Manek Urai. Dikatakan banjir kali ini lebih
besar daripada banjir yang berlaku pada tahun 1926 dan 1967.
Betapa besar kekuasaan ALLAH SWT melalui tenteraNYA
yang bernama AIR – asalnya lembut sahaja tetapi menjadi keras (bencana) apabila
diperintahkanNYA.
Ratusan mangsa banjir terpaksa berpindah segera kerana airnya naik begitu cepat sekali. Ramai yang terperangkap di bumbung-bumbung rumah, masjid-masjid dan juga di bukit-bukit. Hubungan dengan dunia luar terputus sehingga ada yang menderita kerana lambat mendapat bantuan terutama makanan, minuman dan kelengkapan diri.
Ratusan mangsa banjir terpaksa berpindah segera kerana airnya naik begitu cepat sekali. Ramai yang terperangkap di bumbung-bumbung rumah, masjid-masjid dan juga di bukit-bukit. Hubungan dengan dunia luar terputus sehingga ada yang menderita kerana lambat mendapat bantuan terutama makanan, minuman dan kelengkapan diri.
Dari paparan di pelbagai media massa, jelas dapat dilihat kesan dari banjir besar berkenaan. Longgokan lumpur berada di mana-mana. Segala-galanya tunggang terbalik ibarat peristiwa tsunami yang pernah melanda 10 tahun lalu.
Kesan tinggalan banjir |
Lebih menyayat hati, ramai yang kehilangan rumah samada hanyut dibawa air ataupun roboh menyembah bumi. Yang tinggal hanyalah tangga batu dan tapak rumah sahaja bersama beberapa batang tiang tonggak. Kawasan pertanian ranap, haiwan ternakan hilang entah ke mana, bahan niaga rosak dan bermacam kesengsaraan yang terpaksa dihadapi.
Di sebalik musibah teruk yang melanda ini, kami amat tersentuh dengan penerimaan sebahagian besar mangsa banjir ini. Mereka redha dan pasrah kepada ALLAH SWT atas ketentuan ini. SubhanaLLAH... itulah nilai keimanan yang tinggi walaupun dikenakan ujian dan dugaan yang amat hebat. Mereka masih mampu bersyukur kepadaNYA.
Di samping itu, sikap keprihatinan masyarakat begitu tinggi. Pelbagai sumber bantuan dihulurkan dan diusahakan agar sampai kepada setiap mangsa banjir. Begitu juga selepas banjir atau dipanggil pasca banjir. Bantuan masih diteruskan termasuk kerjassama membersih rumah para penduduk, bangunan awam dan sebagainya.
Inilah nilai kemanusiaan masyarakat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama dan ideologi amat suka saling bantu membantu. Semangat kenegaraan dan bertoleransi yang sewajarnya disebatikan di jiwa setiap rakyat Malaysia bagi mengelak daripada berlakunya persengketaan kaum dan agama. Tunjangnya adalah keikhlasan.
Saling Bantu Membantu |
Kenapa ALLAH SWT menurunkan musibah banjir ini? Tentu sahaja ada pengajarannya. Inilah yang perlu difikir dan direnungi dengan sewajarnya. Ini kerana setiap yang berlaku itu bukanlah sia-sia tetapi ada sebab musababnya. Bukan sahaja kepada mangsa yang terlibat tetapi juga para pemerhati, terlebih lagilah kepada para pemimpin dan penguatkuasa.
Di sinilah kita perlu kembali kepada segala peringatan yang telah ALLAH SWT nukilkan dalam al-Quran dan juga melalui sabda kekasihNYA, Muhammad SAW. Moga daripadanya kita beroleh jawapan. Dan kita semua tergolong di kalangan hamba-hambaNYA yang dirahmati. Ameen.
Sekilas lintasan di hati kami, mungkinkah ini caranya ALLAH SWT ingin membersihkan bumi Malaysia yang ‘kotor’ dengan pelbagai noda dan dosa? Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment