Seminggu dua ini kami berdua sibuk sedikit dengan urusan persekolahan anak-anak. Pada masa yang sama, Laili kembali meneruskan kewajibannya sebagai pendidik/ pensyarah di HUKM Cheras.
Sejak 2 hari lepas, anak-anak telah pun memulakan alam persekolahan mereka di tanah air. Izzuddin dan Hanisah di SMK Lembah Keramat, masing-masing di Tingkatan 3 dan Tingkatan 1. Manakala Solehah dan Imran pula di SK Hulu Kelang di Tahun 5 dan Tahun 1. Kedua-dua sekolah hanya di sebelah rumah sahaja, memudahkan mereka untuk berjalan kaki, berulang alik ke sekolah.
Di sebelah petangnya pula Solehah dan Imran bersekolah agama di KAFA Integrasi Al-Ridhuan, bertempat di Masjid Al-Ridhuan, tidak jauh dari rumah kami.
Dua hari bersekolah, terlalu banyak cabaran baru yang perlu mereka hadapi dan tempuhi. Hampir 4 tahun di Australia (Adelaide dan Melbourne) dengan sistem pembelajaran yang berbeza dengan di Malaysia menyebabkan banyak perkara baru yang ditemui. Lebih-lebih lagi bagi Solehah yang tidak pernah melalui sistem persekolahan di tanah air sebelum ini. Beliau sering rasa rendah diri dan ketinggalan berbanding rakan-rakan lain. Subjek Bahasa Melayulah yang paling ditakutinya. Begitu juga masalah Penulisan Jawi dan Bahasa Arab di sekolah agama. Pesanan kami padanya, "Solehah baru 2 hari bersekolah, masih ada banyak masa untuk menyesuaikan diri. Usah rasa malu dan rendah diri. Berusahalah. Insya Allah kejayaan akan menyusurinya". Guru-gurunya amat memakluminya dan sentiasa memberikan sokongan moral padanya. Terima kasih Cikgu. Terima kasih Ustaz-Ustazah. Imran pula tiada masalah besar baginya kerana masih di peringkat awal sekolah rendah. Sememangnya ada rasa takut dalam dirinya tetapi segalanya dapat diatasi dengan baik. Semangat belajarnya amat tinggi, cuma kepenatan sedikit kerana perlu ke sekolah di sebelah pagi dan petang. Izzuddin dan Hanisah pernah bersekolah di sekolah rendah dahulu. Walaupun sistemnya berbeza, sekurang-kurangnya pengalaman lama boleh diguna pakai. Cuma mereka perlu berusaha lebih untuk mengilap Bahasa Melayu yang telah lama ditinggalkan. Bagi Izzuddin, cabarannya lebih besar memandangkan tahun ini adalah Tahun PMR untuknya. Kami tidak meletakkan harapan yang tinggi padanya. Pesan kami, "Berusahalah melakukan yang terbaik. Paling penting adalah SPM yang bakal menentukan ke mana arah tuju selepasnya". Kepada anak-anak, kami sentiasa mendoakan moga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Ameen.

No comments:
Post a Comment