Jarak waktu 1 hari 2 malam mempunyai persepsi yang berbeza. Bagi yang sedang menunggu atau pun melaluinya dalam penderitaan, dirasakan amat lama.
Lain pula halnya bagi yang melaluinya penuh keseronokan, dirasakan amat singkat dan cepat sekali. Demikianlah yang dialami oleh kami sekeluarga terutama bagi anak-anak.
Selama 1 hari 2 malam, Eusni Rahayu (adik Laili) sekeluarga dari Sydney bertamu di rumah kami. Turut serta adalah mertuanya, Atuk Sahuddin dan Opah Robiah.
Suasana rumah begitu ceria sekali. Anak-anak kami; Izzuddin, Hanisah, Solehah dan Imran amat seronok dapat berjumpa sepupu-sepupu mereka yang sebaya; Ainul Farhah, Aiin Farhani, Arif Farhan dan Adam Khaliq. Abah dan emak pula dapat bertemu besan, anak menantu dan cucu-cucu mereka.
Mereka tiba di Dandenong pada petang Sabtu baru-baru ini. Anak-anak bersorak riang, hilang segala kepenatan di jalanan. Terus sahaja mereka berkejar ke halaman belakang, mendirikan khemah besar yang dibawa bersama. Itulah tempat bermalam mereka anak beranak selama 2 malam, juga disertai sama oleh anak-anak kami. Bilik yang disediakan di dalam rumah hanya sebagai tempat bertukar pakaian dan bermain/berkumpul sesama mereka.
Bagi anak-anak, setiap detik yang dilalui amat berharga sekali. Kemana-mana sahaja bagaikan belangkas. Bermain, menonton, menghadap komputer, makan dan tidur mereka bersama. Ketika ibu ayah berserta opah/nenek dan atuk ‘menjenguk’ Melbourne City, mereka lebih suka tinggal di rumah. Di sana-sini kedengaran gurau senda, usik mengusik dan hilai ketawa.
Biarkanlah, asalkan mereka bahagia dan dapat memanafaatkan masa yang ada.
Keceriaan anak-anak bertukar muram di pagi Isnin. Anak-anak kami perlu berangkat ke sekolah. Salam bersalaman serta lambaian perpisahan bagaikan sembilu. Kepiluan menyelubungi setiap wajah.
Selepas bersolat jamak Zohor-Asar, Eus sekeluarga mula bertolak ke Eden, persinggahan mereka untuk bermalam sebelum meneruskan perjalanan ke Sydney pada keesokan harinya. Moga selamat dan sentiasa dilindungi Allah di jalanan sehingga tiba di rumah mereka di Carlton.
Insya Allah, ketemu lagi pada bulan April tahun hadapan, ketika mereka sekeluarga pulang ke tanah air. Kembali bersama seumpama 4 tahun yang lalu.

No comments:
Post a Comment