Thursday, November 11, 2010

Sentuhan Menceriakan

Hari ini cuaca agak panas. Suhunya dalam lingkungan 30C. Masa yang sesuai untuk bersantai di luar rumah.

Ketika saya pulang dari menghantar anak ke sekolah dan berurusan di pejabat pos, didapati abah dan emak sedang sibuk di laman belakang. Rupa-rupanya mereka tengah rancak menebas rumput, mencantas reranting dan dedahan pokok serta menebang pepohonan yang kurang berguna di sekitar pokok loquat dan bersebelahan kebun sayur yang sekangkang kera.

Emm... pemandangan yang amat berbeza dari sebelumnya. Segala yang menyemak pandangan telahpun hilang berganti persekitaran yang kemas, ceria dan menyenangkan. Sememangnya mereka berdua tidak senang duduk diam, ada sahaja kerja yang ingin dilakukan. Apatah lagi setelah cuaca tidak lagi sejuk. Selepas ini pun pasti ada lagi sudut dan ceruk yang akan dikerjakan.

Terima kasih Abah. Terima kasih Emak.

Bertahun-tahun kami tinggal di sini, tidak banyak perubahan yang kami lakukan. Lebih-lebih lagi ketika musim sejuk, amat jarang kami turun ke belakang. Lagilah tidak terbela persekitarannya. Nampaknya menunggu abah dan emak datang barulah ada perubahannya. Entahlah.... memang kami tak boleh diharap...8)

Anak-anak yang pulang dari sekolah pada petangnya pun turut meluahkan keseronokan mereka. Jika tuan rumah melihatnya pasti mereka juga merasa gembira.

2 comments:

Anonymous said...

Salam,
Rumah di Sydney pun ceria kat laman belakang sebab abah & emak tolong tengok..cantik dah kat belakang tu nak harap kita ni..tangan liat betul ranti pun mak abah yang jumpa..sedap buat pecal..

ropidi 'n laili said...

emm... anak-anak zaman sekarang...8)