Hari Berjudi
Semalam adalah cuti umum di Victoria. Melbourne Cup Day. Hari pesta untuk penggemar lumba kuda yang terulung di Victoria. Hari yang pastinya amat ditunggu-tunggu oleh kaki judi lumba kuda. Bukan sahaja kaki judi di kaki-kaki lima tetapi menular sehingga ke peringkat antarabangsa.
Ketika kuda-kuda lumba sedang rancak berpecutan, majoriti rakyatnya tertumpu ke gelanggang perlumbaan dengan degupan jantung penuh mengharap. Bukan hanya di Melbourne tetapi di seluruh Australia. Tidak hairanlah ianya dikenali sebagai “the race that stops the nation”.
Biarkanlah Luncai terjun dengan labu-labunya. Sebagai hamba Allah yang dikurniakan kelebihan iman dan Islam, untuk kita batasannya amat jelas.
Bertukar Baton
Pagi semalam, abah dan emak (mertua) selamat tiba di Melbourne menaiki Tiger Airways. Mereka berdua dari rumah Eusni di Sydney.
Sebenarnya seminggu sebelum Hari Raya dahulu, mereka telah datang ke Melbourne. Beberapa hari sebelum Hari Raya mereka berangkat ke Sydney, beraya di sana, seterusnya tinggal di sana hampir 2 bulan, sehinggalah semalam.
Insya Allah hampir sebulan tinggal di rumah kami, barulah mereka berangkat pulang ke tanah air di akhir November nanti.
Pagi semalam juga Fahimey (suami Eusni) tiba di Melbourne Airport dari Malaysia, bersama ibu-bapanya, Atuk Sahuddin dan Opah Rabiah. Mereka sekadar transit sebelum berlepas ke Sydney sejam selepasnya menaiki Tiger Airways. Ibarat bertukar baton pula. Berserta emak dan abah, sempatlah kami berjumpa mereka.

No comments:
Post a Comment