Kelmarin, Sabtu, 13/11/2010 adalah hari ulang tahun ke-10 kelahiran anak ketiga kami, Nur Solehah. Happy Belated Birthday Solehah.
Bagi setiap anak-anak, biasanya kami sambut secara ringkas sahaja, bersama-sama dengan ahli keluarga. Kad ucapan dan hadiah seadanya tanpa berbelanja besar. Cukup sekadar untuk saling mengingati dan menggembirakan anak-anak yang menyambutnya. AlhamduliLlah, setiap dari mereka amat memahaminya.
Sesekali diraikan bersama rakan-rakan sebaya mereka ataupun diadakan majlis bersama dengan anak-anak yang menyambut kelahiran dalam lingkungan hari/minggu atau bulan yang sama.
Kali ini sedikit berbeza. Ketika tarikh hari lahir Solehah, kami sekeluarga (termasuk Atuk dan Nenek) berserta keluarga Kak Hana, keluarga Ustaz Zain-Saliza dan Azidah, kami berada di Wilson Promontory National Park. Berjalan makan angin sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT.
Tiada sambutan hari lahir khusus untuk Solehah. Ketika mengejutkannya bangun bersolat Subuh, tiba-tiba terpancul dari mulutnya, “Eh, today is my birthday”.
“Happy Birthday Solehah. Emm, inilah hadiah hari jadi untuk Solehah, kita sambut bersama-sama di Wilson Prom. Juga untuk Atuk”. Terus sahaja Solehah bangun dalam keadaan ceria. Sebenarnya hadiah idamannya telah pun diserahkan kepadanya sehari sebelumnya.
Sayangnya kad ucapan untuknya terlupa untuk dibawa bersama. Apabila dimaklumkan padanya, selamba sahaja jawabnya, “It’s OK, ayah”.
Happy Belated Birthday Nur Solehah. Moga menjadi anak yang solehah. Ameen.

2 comments:
salam
semoga menjadi anak yg soleh yg membahagiakan kedua org tua nya
heppi besday buat solehah
salam,
thank you uncle. moga kita semua dirahmati Allah.
..solehah
Post a Comment