Thursday, July 15, 2010

Stres Orang Belajar

Kini Laili di tahun akhir pengajian peringkat PhD-nya di Monash University di dalam bidang Geriatric. Tempoh pengajiannya tidak sampai pun 6 bulan lagi. Satu tempoh yang amat singkat bagi seorang pelajar.

Sekarang ini Laili sedang bertungkus lumus menulis tesisnya. Setiap pagi keluar awal dari rumah dan pulangnya pula selepas waktu Isyak. Begitulah rutinnya setiap hari.

Malah pada hari cuti hujung minggu pun adakalanya turut berada di universiti. Semata-mata untuk menyiapkan penulisan secepat yang mungkin.

Menurut Laili, jika diikutkan hati rasanya tidak berupaya. Setiap masa dilanda tekanan perasaan. Semakin hari semakin berat dirasakan.

Ada ketikanya fikiran menjadi buntu dan ketandusan idea. Seharian menghadap komputer tidak banyak hasilnya. Sebaliknya kepala pula yang terasa berdenyut-denyut, tekak meloya dan sakit-sakit serta lenguh-lenguh di seluruh badan.

Ada ketikanya tanpa disedari air mata bergenang di kelopak mata dan mengalir laju ke pipi. Pada saat itu tidak sabar rasanya untuk pulang ke tanah air.

Dunia sekeliling pun kurang diendahkan. Kata orang bagaikan ‘zombi’.

Begitulah sebahagian rencah kehidupan yang dilaluinya. Bukan sahaja oleh Laili tetapi hampir semua pelajar tahun akhir diperhatikan mengalami sindrom yang hampir serupa.

Kepada para penjenguk blog Salam Monash, marilah sama-sama kita mendoakan agar Laili berupaya mengharungi setiap dugaan, seterusnya dianugerahkan kejayaan cemerlang di dalam pengajiannya. Terima kasih.

Ya Allah, Engkau jadikanlah Laili seorang yang tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran, dikurniakan kekuatan, dipermudahkan baginya setiap urusan, seterusnya beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Ameen Ya Rabbal ‘alamin.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Itulah juga janji Allah bagi hambaNya yang berusaha dan bertawakal.

4 comments:

rezeki said...

salam

doa ku agar kalian sekeluarga tabah menghadapi segala dugaan dan rintangan dan semoga isteri tuan berjaya menyempurnakan pengajiannya dgn cemerlang

insyallah

Anonymous said...

InsyaAllah, moga semua urusan puan laili dipermudahkanNya.


zuraini

ropidi 'n laili said...

Salam,

Terima kasih Pak Itam @ Rezeki dan Zuraini. Juga kepada para penjenguk semua. Moga diperkenankanNya. Ameen.

Didoakan juga moga kalian semua sentiasa dirahmati Allah, dunia dan akhirat. Ameen.

Anonymous said...

Rihanna has come a long way in her career, but now there are reports of Rihanna naked and leaked pictures running wild all over the internet today, rihanna the new sex tape, TMZ has released an exclusive preview of the new celebrity sex tape
rihanna naked
Rihanna naked Rodgers arranged for her to go to New York to meet Jay-Z, CEO of Def Jam Records. He heard her sing and knew she was going to be big and for more than just one song. She was 16 when she was signed to Def Jam. Rihnanna's debut album is out now. It's called "Music of the Sun".
rihanna naked