Melihat foto di sebelah, pasti semua orang tahu apakah bendanya. Itulah tilam. Peliknya, kenapa pula tersandar pada pokok, bersebelahan jalan raya pula? Entahlah, saya sendiri pun tiada jawabannya.
Sebenarnya foto tersebut diambil hampir seminggu yang lalu. Lokasinya betul-betul di hadapan rumah kami di Dandenong ini.
Suatu pagi ketika membuka pintu utama menghadap jalanraya, tiba-tiba pandangan tertumpu pada objek berkenaan yang masih elok lagi, tersandar kemas pada pokok besar. Terlintas di fikiran, “Entah siapalah yang buang tilam di hadapan rumah ni. Tak pasal-pasal pula kami kena saman dengan majlis perbandaran. Harap-harap adalah orang yang berminat dan membawanya pergi”. Itulah juga harapan dan doa kami.
Untuk makluman, perbuatan seumpama itu adalah satu kesalahan di sini yang boleh dikenakan denda oleh pihak berkuasa tempatan. Itulah yang amat membimbangkan kami. Nak cari siapa pelakunya, tiada siapa yang tahu. Nak kata jiran bersebelahan rumah, rasanya mustahil mereka yang melakukannya, mereka semuanya baik.
Hampir seminggu menunggu, tiada siapa yang datang mengambilnya. Mungkin kerana saiznya yang besar, menyukarkan usaha membawanya, walaupun dengan kereta/ van sekalipun. Berhujan berpanas tiada siapa yang menghiraukannya.
Malam semalam ketika pulang dari menjemput Izzuddin dari latihan taekwondo-nya, tilam misteri tersebut telah pun hilang dari tempat bertapanya. Tidak disangka-sangka, harapan dan doa kami diperkenankanNya. Allah telah menggerakkan hati seseorang untuk membawanya pergi. AlhamduliLlah.

No comments:
Post a Comment