Saturday, July 10, 2010

Tetamu Adelaide : Keluarga Kak Dariah

Menjelang hujung minggu baru-baru ini, Kak Dariah bersama 2 orang anak bujangnya; panggilan mesranya Kak Long dan Angah bertamu 3 hari 2 malam di rumah kami.

Kak Dariah adalah pelajar PhD dalam bidang Kejururawatan di Flinders University, South Australia. Kini di tahun akhir pengajiannya.
Mereka tinggal di Diagonal Rd, Sturt, mengambil alih rumah sewa yang pernah kami diami selama kira-kira 6 bulan ketika Laili mengikuti pengajian sub bidang di universiti yang sama di akhir tahun 2006 lalu. Dari situlah bermulanya perkenalan kami, terus kekal mesra sehingga kini.

Mereka datang dari Adelaide, South Australia semata-mata untuk merasai pengalaman bermain salji di Victoria. Walaupun South Australia turut sama mengalami 4 musim tetapi tiada kawasan bersalji di sana. Tambahan pula tahun ini adalah penggal terakhir mereka di Australia dan mereka juga tidak pernah bermain salji sebelum ini.

Mereka tiba di Melbourne Airport pada petang Rabu (7/7/2010) lalu. Keesokan harinya kami berkunjung ke Lake Mountain yang terletak kira-kira 105 km dari Dandenong. Itulah kawasan riadah bersalji yang terdekat. Saljinya tidaklah berapa tebal tetapi hamparan salji yang terbentang luas memutih cukup untuk melahirkan ketakjuban akan ciptaan Illahi.

Petang Jumaat mereka bertolak ke Melbourne City. Menginap semalam di sana sebelum berangkat pulang ke Adelaide pada hari ini, Sabtu (10/7/2010).

Kemesraan mereka sekeluarga sentiasa menceriakan perhubungan seharian. Malah kami berkesempatan menikmati kelazatan Nasi Afghan yang dimasak oleh Kak Dariah. Sekaligus bertambah satu lagi menu harian kami untuk dicuba selepas ini.

Diharapkan mereka selesa selama berada bersama kami. Ampun maaf jika terdapat sebarang kekurangan. Insya Allah ketemu lagi di lain ketika.

2 comments:

Eric Simon said...

sa nak tanya sikit kat adelaide ada salji ke? atau sejuk je? sbb sa nak melanjutkan pelajaran saya kat sana.. hehehe..

ropidi 'n laili said...

Untuk makluman Sa, di Adelaide tiada salji, cuma sejuk sahaja pada musim sejuk dan awal musim bunga.

Bagi saya, Adelaide amat tenang dan penduduknya lebih sopan berbanding Melbourne dan KL. Itu pengalaman kami hampir 6 bulan di sana.

Kepada Sa, selamat melanjutkan pelajaran di Adelaide.