Pagi semalam Kelas Fardhu Ain untuk anak-anak sengaja dibatalkan untuk memberi peluang mereka menyertai komuniti keluarga South-Eastern (SEFC) berkumpul di Jells Park. Perjumpaan yang khusus diatur sebelum tibanya bulan Ramadhan beberapa minggu lagi.
Tambahan pula kami pun telah lama tidak berkumpul seumpamanya. Inilah peluangnya masing-masing dapat berjumpa, bertanya khabar berita dan saling kenal mengenali secara lebih dekat. Lebih-lebih lagi bagi keluarga baru. Juga sebagai salam perpisahan bagi beberapa keluarga yang akan pulang ke tanah air dalam masa terdekat. Sebahagian foto terdapat di Album Foto Kami (Menjelang Ramadhan).
Lokasi perjumpaan di Jells Park amat strategik, sama tempatnya seperti perjumpaan terdahulu. Ruang berteduhnya luas, dilengkapi bangku kayu disusun berbaris, khusus untuk diletakkan juadah pot luck dari setiap keluarga. Bersebelahannya pula dihampar kanvas dan tikar sebagai tempat makan, majlis tazkirah dan tempat solat. Keperluan tandas awam pun berdekatan, hanya beberapa langkah sahaja dari tempat berkumpul.
Bagi anak-anak, tumpuan mereka adalah Yabbie Playground dan padang yang juga terdapat di sebelahnya. Sepanjang masa mereka berada di situ, bersama kelompok rakan sebaya masing-masing. Bermain, berkejaran dan berchit-chat tanpa henti. Peluang yang sememangnya diidamkan oleh mereka.
Kesejukan musim sejuk amat terasa. Ditambah pula dengan hujan renyai-renyai turun sepanjang majlis berlangsung. Malah solat Zohor pun dalam hujan, sujud di atas air yang bertakung. Namun segalanya dilalui penuh redha sebagai ketentuan dariNya.
Majlis bermula seawal jam 10:00 pagi. Berdikit-dikit mereka datang. Kehadiran yang amat menggalakkan, menjangkau lebih 100 orang. Kawasan berteduh sesak lebih-lebih lagi ketika hujan sedikit melebat. Menjelang tengahari, bangku juadah yang disediakan dipenuhi pelbagai jenis makanan yang menyelerakan. Semangat memasak yang mungkin timbul dari program realiti, Master Chef yang telah pun tiba di peringkat akhir...8)
Menunggu masuknya waktu Zohor, Sdr Hanif Yaacob (foto sebelah) dijemput menyampaikan tazkirah ringkas. Isu kekeluargaan yang menarik, berkaitan 4 model keluarga seperti dinyatakan di dalam Al-Quran; keluarga musyrik Abu Lahab, keluarga Nabi Nuh a.s, keluarga Asiah Firaun dan keluarga Ali-Imran.
Seterusnya diikuti pula dengan sesi pengenalan diri keluarga baru di SEFC; antaranya Nazman-Dr. Salmah, Fazil-Farhana, Kafi-Yati dan Zain-Saliza. Juga salam perpisahan dari keluarga yang bakal pulang ke tanah air; antaranya Haidar-Nor dan Ghaffar-Mazni. Tidak dilupakan kepada 2 pasangan pengantin baru; Sdr Imran-Iman dan Sdr Hilmi-Baiti.
Dengan keadaan cuaca yang kurang baik, banyak agenda yang diatur tidak dapat dilaksanakan dengan lancar dan ada yang terpaksa ditangguhkan di kemudian hari.
Namun, secara umumnya tampak kepuasan tidak terhingga pada setiap yang datang. Keseronokan dapat berjumpa rakan-rakan lama dan baru sekurang-kurangnya dapat menghilangkan segala kerinduan dan ketegangan rutin hidup seharian.
Melewati jam 2:00 petang, masing-masing mula berkemas. Lebihan makanan dibungkus sebagai sebahagian bekalan makan malam. AlhamduliLlah sekejap sahaja semuanya habis licin.

No comments:
Post a Comment