Mulai semalam (12/07/2010), sekolah-sekolah di Victoria dibuka semula. Bermulalah musim persekolahan Penggal Ke-3/Semester Ke-2 2010. Anak-anak kembali sibuk dengan rutin harian mereka sebagai pelajar sekolah. Izzuddin dan Hanisah di sekolah menengah, manakala Solehah dan Imran pula di sekolah rendah.
Selama cuti 2 minggu, mereka lebih banyak masa di rumah. Kesibukan ibu mereka dalam kerja-kerja penulisan tesis di tahun akhir pengajiannya amat difahami oleh anak-anak. Mereka bermain sesama adik beradik, menonton TV/DVD, menyiapkan kerja sekolah, menghadap komputer dan membantu ibu di dapur.
Bertadarus dan membaca Al-Quran selepas solat Maghrib pula tetap diteruskan seperti biasa. Adakalanya mereka dibawa ke Dandenong Library untuk membaca dan meminjam buku/majalah/DVD. Di setiap hujung minggu pula mereka belajar Fardhu ‘Ain bersama-sama rakan-rakan sebaya mereka. Inilah antara saat yang ditunggu-tunggu. Masa untuk bersama. Ada ketikanya berlanjutan selepas kelas sehinggalah ke lewat petang. Ada masanya mereka tidur di rumah kawan atau sebaliknya. Ada masanya juga turun ke padang untuk bermain bola dan seumpamanya. Yang penting asalkan dapat bersama. Keakraban persahabatan yang sewajarnya terus berkekalan selamanya, walaupun telah meningkat dewasa. Di penghujung minggu lepas, mereka dibawa bermain salji di Lake Mountain. Keseronokan bermain toboggan dan membina arca salji sekurang-kurangnya dapat mengubat rasa bosan yang mungkin ada. Terima kasih Izzuddin, Hanisah, Solehah dan Imran.

No comments:
Post a Comment